in , ,

Buku Bertemu Ruas, Mydin Balas ‘tweet’ Azwan Ali Memang Win

Selepas membuat ciapan berbaur sindiran terhadap video aksi menari Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Ameer Ali Mydin, pengacara sensasi, Azwan Ali menerima ‘serangan’ balas  sekeping foto memaparkan sebuah cermin tangan.

Azwan yang mesra disapa sebagai  Diva AA memuat naik satu ciapan menerusi laman Twitter peribadinya yang berkongsi tangkap layar sedutan video TikTok milik Ameer Ali Mydin.

Perkara itu membuatkan pengacara berusia 56 tahun berkenaan tidak senang duduk dengan tindakan Ameer Ali dan menasihatkan agar beliau muhasabah diri terutama selepas kejadian kebakaran melibatkan bangunan Jakel cawangan Shah Alam baru-baru ini.

“Kau? Sudah tua sendu masih menggelupur menari di TikTok. Muhasabah woi!” ciap Azwan.

Ciapan pengacara asal Kuala Lumpur itu telah mengundang pelbagai respon dan reaksi termasuklah respon daripada akaun rasmi Twitter Mydin yang memuat naik ciapan membeli cermin TANGAN kepada Azwan Ali dengan kapsyen:

Boleh dapatkan di Mydin,” katanya.

Pautan itu seolah-olah memberitahu dan membalas balik kenyataan Azwan supaya cermin diri sendiri dahulu sebelum lantang melahar kepada orang lain.

Menariknya, rata-rata netizen memuji tindakan berani MYDIN dalam memberi keyataan balas selain bersetuju dan senada dengan cara ‘admin’ Twitter tersebut memberi respon kepada Azwan Ali yang sememangnya sinonim dengan mulut ‘puaka’.

“Sila tepuk tangan! Mydin sudah peroleh kemenangan. Buku bertemu ruas, saya suka cara Mydin balas balik, biar dia tahu dunia ini bukan tunduk padanya,” ciap seorang netizen.

“Lancar je dia bagi, aku suka betul admin Mydin ni,” komen seorang netizen lagi.

“Azwan Ali tidak sedar bahawa Mydin bukanlah ‘level’ dia untuk bergaduh, sekarang baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah,” komen netizen yang lain.

Sekadar info, kebakaran di Jakel Shah Alam melibatkan lot tiga tingkat premis pakaian terkemuka berkenaan.

Seramai 38 anggota termasuk pegawai bersama tujuh jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.08 pagi. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BLUE

Konsert Blue 20th Anniversary Heart & Soul Tour di Kuala Lumpur

SAMSUNG

Samsung Berkongsi Pengalaman Peranti Bersambung di CES 2023