in ,

Bukti Zizan Razak Jadi Pengacara Akademi Fantasia 2013

[dropcap]K[/dropcap]habar angin mengatakan Zizan Razak akan menjadi pengacara untuk rancangan pertandingan menyanyi realiti Akademi Fantasia 2013 (AF2013) ada kebenarannya. Ini terbukti setelah ada kenyataan dari KRU Studios yang mengatakan pengambaran Cicakman 3 ditunda kerana didapati Zizan akan sibuk dengan sebuah program realiti. Kalau kita tengok betul-betul kronologi yang akan berlaku nanti, rasanya tiada program realiti lain selain AF2013 yang akan berlangsung dalam masa terdekat. Minggu ini, sidang media dibuat untuk mengumumkan siapakah tenaga pengajar AF2013 dan menyusul selepas itu, sidang media pengumuman pengacara AF akan dibuat.

ZIZAN RAZAK

[pullquote align=”right”]Walaupun khabar angin ini masih belum disahkan lagi, berita itu telah mengundang macam-macam respon dan reaksi dari peminat. Ada orang yang menyokong. Tak kurang ada juga ramai yang membantah jika Zizan jadi pengacara AF10.[/pullquote]

Dalam kenyataan di Utusan Malaysia, ada yang kata lebih baik kekalkan pengacara asal iaitu Datuk Aznil Nawawi daripada lantik Zizan. Mungkin bagi segelintir pihak yang tidak bersetuju itu merasakan anak kelahiran Dungun, Terengganu itu belum layak mengendalikan program yang melahirkan ramai pelapis penyanyi sebelum ini.

Apa yang merisaukan andai program itu akan jadi carca marba dan lari daripada tujuan asal untuk melahirkan penyanyi profesional. Silap hari bulan lebih ramai pelawak berbanding penyanyi. Macam mana tu? Risau juga kalau Zizan sudah kehabisan idea untuk menceriakan program tersebut.

Zizan Razak juga bertindak sebagai pengacara di sebuah program hiburan termasuklah Melodi dan Maharaja Lawak & Raja Lawak. Jadi ‘wajahnya’ itu sudah tidak lagi eksklusif. Cukup-cukuplah di stesen TV tersebut. Itu hujah-hujah yang diberikan oleh mereka yang kurang setuju jika Zizan dipilih menjadi pengacara AF musim baru.

Bagaimana pula dengan anda? Setuju jika Zizan Razak jadi pengacara?

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Senarai Peserta 12 Finalis Projek 3R

Sesi Ujibakat Ceria Superstar Musim Kedua