in , ,

Budak Tebing Drama Terbaik, Ini Senarai Penuh Pemenang Anugerah Drama Sangat 2021

Anugerah Drama Sangat (ADS2021) telah berlangsung malam tadi untuk meraikan drama hasil kerja anak seni di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Hos bagi anugerah ini pada malam tadi merupakan gandingan Ain Edruce bersama Nabila Huda.

Mempertandingkan sebanyak 14 kategori, penyampai anugerah disampaikan oleh barisan pelakon dan penyanyi tempatan seperti Azhan Rani, Izzue Islam, Nabila Razali, Yusof Hashim, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Jalil Hamid, Khai Bahar dan Afifah Nasir.

Turut memeriahkan pentas ADS2021 malam tadi adalah persembahan pembukaan dari Noraniza Idris & Bunga, persembahan dari MK, Noki K-Clique, Stacy, Ismail Izzani, Ariff Bahran, Sarah Suhairi, Misha Omar, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Shiha Zikir, Cat Farish dan Fimie Don.

Walaupun siaran langsung ADS2021 malam tadi tertangguh akibat banjir yang melanda di WTCKL, lima lagi kategori pemenang yang berbaki telah diumumkan oleh Nabila Huda di program Melodi yang bersiaran pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Drama Sangat 2021

1. PELAKON ANTAGONIS TERBAIK – LIZA ABDULLAH (7 HARI MENCINTAIKU 2)

2. PENULIS SKRIP TERBAIK – JANJIRA & PGRS TEAM (BUDAK TEBING)

3. DRAMA ADAPTASI NOVEL TERBAIK – 7 HARI MENCINRAIKU 2

4. PEMENANG BABAK TULAR DRAMA TERBAIK – KAMPUNG PEOPLE

5. PASANGAN TERBAIK DRAMA – SHUKRI YAHAYA & SITI SALEHA (7 HARI MENCINTAIKU)

6. OST TERBAIK – HAQIEM RUSLI (MIMPI)

7. PELAKON LELAKI TERBAIK – ZUL ARIFFIN (RYAN ARALYN)

8. PELAKON WANITA TERBAIK – JANNA NICK (MISTERI MONA)

9. ANUGERAH KHAS DRAMA MANDARIN TERBAIK – BONUS VACATION (SKY PICTURE)

10. DRAMA POPULAR – MELASTIK KE HATIMU

11. ANUGERAH PERSONA BINTANG – FAUZIAH DATUK AHMAD DAUD

12. PENGARAH TERBAIK – FEROZ KADER (BUDAK TEBING)

13. DRAMA TERBAIK – BUDAK TEBING

14. ANUGERAH KHAS BARISAN PELAKON TERBAIK DRAMA – TAKDIR YANG TERTULIS

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ismail Sabri Menteri Pertahanan | 15

Perdana Menteri Umum Peruntukan Awal RM100 juta Untuk Bantu Mangsa Banjir

Homevest | 16

HOMEVEST & Huawei Malaysia Menandatangani MoU Solusi Bandar Pintar & Lestari