in , ,

Perdana Menteri Umum Peruntukan Awal RM100 juta Untuk Bantu Mangsa Banjir

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM100 juta bagi membaiki kerosakan kediaman dan infrastruktur akibat banjir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM100 juta untuk bencana banjir. Peruntukan awal itu adalah bagi membaiki kerosakan kediaman dan infrastruktur akibat banjir selepas beliau melalukan lawatan di beberapa lokasi.

Beliau berkata, kerajaan bersetuju memberikan sumbangan RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.

“Ini adalah peruntukan awal, jika tidak mencukupi mungkin kita akan tambah.”

“Jumlah RM1,000 mungkin tidak mencukupi untuk membaiki kesan banjir ini, tetapi sekurang-kurangnya ia membantu,”

– Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Perdana Menteri Umum Peruntukan Awal RM100 juta Untuk Bantu Mangsa Banjir

Beliau berkata, kerajaan bersetuju memberikan sumbangan RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.

“Ini adalah peruntukan awal, jika tidak mencukupi mungkin kita akan tambah. 

“Jumlah RM1,000 mungkin tidak mencukupi untuk membaiki kesan banjir ini, tetapi sekurang-kurangnya ia membantu,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas di Pejabat Daerah/Tanah Klang, di sini, hari ini.

Sebelum itu, Perdana Menteri meninjau operasi menyelamat dan melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Johan Setia dan SK Telok Gong di sini.

Ismail Sabri berkata, pada September lalu, kerajaan meningkatkan kadar bantuan wang ehsan iaitu RM1,000 kepada isi rumah.

Beliau berkata, kerajaan akan mempercepatkan bayaran kepada kawasan terbabit banjir seperti Selangor dan tujuh negeri lain.

“Biasanya sumbangan itu akan dibayar selepas mereka pulang ke rumah, kita akan dapatkan maklumat mangsa daripada Pejabat Daerah Klang, kita akan segerakan (bayaran).

“Kita tidak akan tunggu lama…mereka balik perlu lakukan macam-macam. (Walaupun) RM1,000 mungkin tidak cukup, tetapi ini untuk membantu membeli bahan asas diperlukan,” katanya.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, syarikat berkaitan pelaburan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bersetuju menyalurkan sumbangan secara geran padanan dengan pihak kerajaan.

“Peringkat ini, selepas perbincangan dilakukan semalam, kita bersetuju menyediakan RM20 juta. Ini bermakna RM40 juta padanan kerajaan dengan GLIC dan GLC.

“Itu antara bantuan akan diberikan segera bagi mengurangkan bebanan mangsa banjir ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JOVIAN MANDAGIE

Rakyat Marah Menantu PM Diselamatkan Helikopter Dari Banjir

Budak Tebing Drama Terbaik, Ini Senarai Penuh Pemenang Anugerah Drama Sangat 2021