in , ,

HOMEVEST & Huawei Malaysia Menandatangani MoU Solusi Bandar Pintar & Lestari

Homevest Sdn Bhd (HOMEVEST) dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi perkongsian strategik untuk melaksanakan penyelesaian inovatif dalam pembangunan bandar pintar.

Dengan pemeteraian MoU tersebut, Bandar Pintar HOMEVEST akan dilengkapi dengan infrastruktur ICT yang dibekalkan oleh Huawei untuk mengoptimumkan kedayatahanan ekonomi serta persekitaran sekali gus meningkatkan kualiti hidup pelanggan mereka. 

HOMEVEST sebagai syarikat pelaburan, pengurusan dan pembangunan hartanah terkemuka sedang dalam perancangan untuk membangunkan ekosistem Bandar Pintar yang mampan bagi memenuhi kehendak pertumbuhan & populasi penduduk bandar yang padat. Syarikat juga bakal mereka ruang konsep tinggal dan bekerja secara bersama yang digabungkan dengan teknologi gaya hidup pintar. 

Homevest &Amp; Huawei Malaysia Menandatangani Mou Solusi Bandar Pintar &Amp; Lestari
Foto dari kiri: Chaang Yunhua, Pengurus Rakan Kongsi, Penstoran Awan dan Kecerdasan Buatan, Huawei Malaysia, Lim Chee Siong (Naiv Presiden, Penstoran Awan dan Kecerdasan Buatan, Huawei Malaysia), Datuk KY Lim (Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan HOMEVEST) dan Datuk Marcus Low (Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif  HOMEVEST)

Dengan menggabungkan teknologi canggih dan kemudahan pintar ke dalam rumah, rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripada gaya hidup bandar yang lebih cekap, produktif dan mampan sambil menikmati kehidupan yang bahagia dan hubungan social yang erat.

Konsep Bandar Pintar telah menjadi pendekatan penting dalam pembangunan bandar mampan banyak negara maju dan yang sedang membangun. Teknologi seperti Rangkaian Tanpa Wayar Termaju, Objek Rangkaian Internet (ORI), Pengkomputeran Awan, Komunikasi dan Kerjasama Bersepadu (UC&C) dan Pusat Operasi Pintar (IOC) ialah penyelesaian utama yang membolehkan inisiatif Bandar Pintar dilaksanakan.

Dalam sektor bandar pintar, Huawei akan menumpukan kepada infrastruktur ICT dan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk mengatur ekosistem yang teguh dengan penyelesaian menyeluruh untuk pelanggan mereka.

Homevest &Amp; Huawei Malaysia Menandatangani Mou Solusi Bandar Pintar &Amp; Lestari

Untuk pembangunan Bandar Pintar HOMEVEST, Huawei akan menyediakan pelbagai jenis produk dan penyelesaian ICT, termasuk modul komunikasi dan sistem pengendalian IoT, akses berwayar dan tanpa wayar, rangkaian tangkas, pusat data teragih berasaskan awan dan platform Data Besar.

“Semua itu demi memastikan gerak gempur transformasi digital sesama organisasi. Kolaborasi dengan HOMEVEST akan menyaksikan inovasi usahasama bagi pembangunan kepintaran hiburan dan penyampaian kandungan digital, penyelesaian berkaitan teknologi Huawei 5G, Awan dan Al.” kata Naib Presiden, Penstoran Awan (Cloud) dan Kecerdasan Buatan (AI) Huawei Malaysia, Lim Chee Siong.  

“Kami bersedia untuk menyediakan kepakaran dan sokongan dengan jalinan kerjasama bagi memastikan kejayaan projek ini,” katanya.

Sementara itu, HOMEVEST optimis dan bangga dengan kerjasama terjalin dengan syarikat gergasi teknologi komunikasi dari China itu.

“Perkongsian itu sejajar sepenuhnya dengan matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus HOMEVEST. Dasar dan visi kami ialah untuk membentuk komuniti ‘smart living’ dengan hubungan yang erat,” kata Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan HOMEVEST, Datuk KY Lim.

Manakala, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif HOMEVEST, Datuk Marcus Low pula percaya pakatan strategik itu seiring dengan impian dihajati.

“Dalam pelan hala tuju masa depan, kami melihat diri ini sebagai syarikat pembangunan hartanah pilihan dengan fokus untuk memacu kemampanan dalam pembangunan bandar pintar sambil mencipta nilai jangka panjang untuk pemegang saham dan pemilik rumah kami,” katanya.

Terdahulu, HOMEVEST dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pembangunan Lestari anjuran Junior Chamber International Malaysia (JCIM) 2021 bagi projek tanggungjawab sosial korporat yang dimulakan semasa pandemik COVID-19.

Ditubuhkan pada 2016, HOMEVEST menawarkan nilai pulangan untuk rakan kongsi mereka dan menyediakan pemilikan rumah mampu milik untuk pelanggan.  

Untuk berita dan maklumat terkini mengenai HOMEVEST, sila ikuti perkembangan kami melalui laman web HOMEVEST: www.homevestglobal.com atau media sosial: https://www.facebook.com/HomevestGlobal.

Huawei Cloud pula menjadi syarikat  pembekal khidmat Awan Awam Global utama yang seiring dengan jenama itu sejak 30 tahun lalu. Malah turut bersemangat menyediakan mutu awan yang berpatutan, berkesan dan dipercayai.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Janna Nick | 14

Budak Tebing Drama Terbaik, Ini Senarai Penuh Pemenang Anugerah Drama Sangat 2021

Tom Holland | 15

Netizen Bangga Lihat Nama Dua Anak Malaysia Dalam Post Credit SPIDER-MAN: NO WAY HOME