in , ,

BoBoiBoy Galaxy SORI Raih 3.5 Juta Tontonan Dalam Tempoh 24 Jam

Selepas lima tahun tanpa episod baharu, siri pertama BoBoiBoy Galaxy SORI berjaya meraih 3.5 juta tontonan dalam tempoh 24 jam sejak ditayangkan menerusi saluran YouTube Monsta, Ahad lalu.

Pengarah Pemasaran dan Jualan Monsta, Faiz Zainal Aabidin berkata, populariti watak BoBoiBoy kini sedang meningkat naik ke puncak kejayaannya.

“BoBoiBoy kini sudah beraksi selama 12 tahun. Kanak-kanak yang mengikutinya sejak kecil kini sudah dewasa atau sudah menjadi ibu bapa.

“Kami menggelarkan mereka sebagai Generasi-B (BoBoiBoy), generasi yang bakal meluangkan masa dengan anak-anak untuk menonton dan berkongsi rasa teruja dengan kemunculan episod baharu BoBoiBoy di kaca TV mahupun di tablet dan telefon pintar,”

– Faiz Zainal Aabidin
BoBoiBoy Galaxy SORI Raih 3.5 Juta Tontonan Dalam Tempoh 24 Jam

Faiz berkongsi, lebih 100,000 penonton hadir secara langsung dan setia menunggu untuk menonton episod pertama ketika tayangan perdana episod pertama BoBoiBoy Galaxy SORI di laman YouTube Monsta.

“Kalau nak dibandingkan, jumlah ini adalah lebih besar dari kapasiti Stadium Nasional Bukit Jalil yang hanya boleh memuatkan seramai 85,000 penonton dalam satu masa,”

– Faiz Zainal Aabidin

Faiz berkongsi, lebih 100,000 penonton hadir secara langsung dan setia menunggu untuk menonton episod pertama ketika tayangan perdana episod pertama BoBoiBoy Galaxy SORI di laman YouTube Monsta.

“Kalau nak dibandingkan, jumlah ini adalah lebih besar dari kapasiti Stadium Nasional Bukit Jalil yang hanya boleh memuatkan seramai 85,000 penonton dalam satu masa,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

AirAsia Lancar Laluan Baharu Ke Seoul Melalui Kota Kinabalu Hab Kedua

Sharif & Syaiful Juara Famili Duo 2023 Tonjolkan Kelainan Vokal & Kreativiti