in , ,

Sharif & Syaiful Juara Famili Duo 2023 Tonjolkan Kelainan Vokal & Kreativiti  

Sharif Dan Syaiful Juara Famili Duo 2023 Tonjolkan Kelainan Menerusi Persembahan, Vokal Dan Kreativiti

Pentas Famili Duo 2023 yang menjadi saingan sengit bagi duo keluarga selebriti untuk menonjolkan bakat dan kreativiti kini telah melabuhkan tirai! Setelah lapan minggu bersiaran, program realiti hiburan TV3 ini menobatkan duo adik-beradik Sharif dan Syaiful ZERO sebagai juara keseluruhan. 

Siapa sangka duo misteri yang dirahsiakan pada awal pertandingan bakal memberi saingan ketat kepada semua peserta sekaligus membolot kemenangan di pentas akhir Famili Duo 2023. Pernah memenangi juara mingguan sebanyak tiga kali, Sharif dan Syaiful bagaimanapun tidak menjangkakan kemenangan mereka pada malam final itu. 

Sharif & Syaiful Juara Famili Duo 2023 Tonjolkan Kelainan Vokal & Kreativiti

Menurut adik-beradik ini, “Alhamdulillah. Sebenarnya kami tak jangka malam ni akan menang. Masa rehearsal kami tengok duo yang lain memang all out, jadi malam ini kami memang berharap untuk buat yang terbaik dan have fun. Alhamdulillah juga, malam ini penonton dapat terima apa yang dipersembahkan dan persembahan ini juga menjadi satu sejarah buat hidup kami. Sebelum ni penonton hanya melihat kami di pentas lawak, tapi kali ini penonton masih boleh menerima kami walaupun di pentas nyanyian.

Sharif & Syaiful Juara Famili Duo 2023 Tonjolkan Kelainan Vokal & Kreativiti

“Bagi kami, perasaan semasa menyanyi tadi memang lain daripada yang lain. Kami sebenarnya sebak ketika memberikan persembahan apabila nampak penonton dan juga juri di studio berdiri memberi standing ovation. Sebelum ini mereka hanya memberi sokongan sebegitu ketika kami melawak, tapi sekarang kami mendapat sokongan yang sama dalam nyanyian kami, dan kami terharu dengan sokongan itu seolah-olah penonton menghargai usaha kami. Tiada istilah mengalahkan duo peserta yang lain kerana kami tahu mereka masing-masing adalah penyanyi hebat. Mungkin kali ini kami berjaya menambat hati penonton di studio dan juga pengundi di rumah dengan kekuatan percaturan persembahan kami. Dari minggu pertama bertanding lagi kami nekad untuk memberikan persembahan yang baik, dan yang paling penting sekali adalah untuk menghiburkan semua. Kami bersyukur ini semua terbalas akhirnya,” tambah Sharif & Syaiful lagi. 

Sharif & Syaiful Juara Famili Duo 2023 Tonjolkan Kelainan Vokal & Kreativiti

Pentas akhir Famili Duo 2023 telah bersiaran secara langsung pada 3 Disember 2023 (Ahad), pukul 9.00 malam hingga 11.30 malam di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my. Setiap pasangan finalis telah menyajikan dua persembahan yang menghiburkan melalui tema ‘Vokal Berkumpulan / Duet Popular’ dan tema bebas pilihan mereka. 

Episod ini juga telah menyaksikan penampilan istimewa oleh pasangan suami isteri Syamel dan Ernie Zakri yang membawakan lagu Rindu nyanyian asal Ajai dan Nurul serta Selangit nyanyian asal Mas Idayu. 

Berikut adalah carta keseluruhan persembahan di pentas akhir Famili Duo 2023 pada 3 Disember 2023:

  • Sharif & Syaiful ZERO – 81.0%
  • Adira & Emma Suhaimi – 60.6%
  • Haqiem Rusli & Ariff Bahran – 58.3%

Famili Duo 2023 ini dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Famili Duo 3 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues (pengurus projek), Muhamad Sufian Che Isa (penerbit eksekutif) dan Noradillah Binti Abdullah (penerbit). 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BoBoiBoy Galaxy SORI

BoBoiBoy Galaxy SORI Raih 3.5 Juta Tontonan Dalam Tempoh 24 Jam

Roborock

Jualan Roborock Sempena 12.12, Nah! Tawaran Diskaun Sehingga 60%