in ,

Ras Adiba Radzi Jawab Dakwaan Kembali Buka Tudung

Penampilan bekas personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi menjadi perhatian ramai selepas dilantik menjadi senator di Dewan Negara apabila didakwa kembali membuka tudung.

Bagaimanapun, Ras menyangkal dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa sebelum ni dia memang tidak bertudung tetapi hanya mengenakan turban atau skaf sahaja untuk menutup kepala.

Ras Adiba Radzi Buka Tudung

“Saya tidak pakai tudung. Saya cuma kenakan skaf atau turban sahaja. Semoga saudari dilindungi Ilahi selalu dan diberikan pedoman senantiasa,”

– Ras Adiba Radzi
Ras Adiba Radzi Buka Tudung

Ras tampil memberikan penjelasan apabila ditanya oleh salah seorang netizen di laman Instagramnya berhubung imejnya terkini yang dilihat sudah tidak menutup bahagian rambutnya.

Sebelum ini, Ras tampil dengan imej bertutup kepala dengan kebanyakannya menggunakan gaya lilitan turban. Sejak 2013, Ras tampil dengan imej berturban ketika membaca berita di saluran televisyen tempatan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Naim Daniel 2020 | 19

Sambut Ulang Tahun Ke-23 Secara Bersendirian, Naim Daniel Hadiahkan Lagu Baru

Uyaina Arshad White | 20

Betul Ke Raja Syahiran Sedang Bercinta dengan Uyaina Arsyad?