in , ,

Betul Ke Johan & Ozlynn Bakal Timang Cahaya Mata Lagi?

Kecoh atmosfera hiburan tanah air apabila khabarnya pelakon yang juga merupakan finalist Super Spontan, Ozlynn kini sedang hamil anak kelima.

Spekulasi ini mula menjadi buah mulut apabila suaminya, Johan secara tidak sengaja mendedahkan perkara tersebut melalui satu video yang dimuat naik di laman Instagram milik pasangan ini.

Betul Ke Johan & Ozlynn Bakal Timang Cahaya Mata Lagi?

Rakaman tersebut memaparkan Johan dan anak-anak sedang sibuk membantu Ozlynn atau nama sebenarnya, Rozlinawaty Ismail mengemas rumah.

Johan & Ozlynn

Pelawak itu dilihat sedang menyapu sambil mulutnya terkumat kumit membebel manakala anak-anaknya pula menyusun kasut.

Namun apa yang menariknya di dalam video berkenaan adalah Johan yang sedang sibuk membebel itu secara tidak sengaja telah membocorkan satu ‘rahsia’.

Kemudiannya, Ozlynn pula dilihat segera meminta Johan berdiam mengenai hal berkenaan.

“Mengenangkan sahaja. Dorang (mereka) sudah tahu belum?” kata Johan menerusi rakaman berkenaan.

Ekoran itu, ramai beranggapan ungkapan ‘mengenangkan’ yang dikatakan oleh Johan itu membawa maksud Ozlynn kononnya sedang mengandung.

Sekali gus menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan netizen yang tidak henti-henti ingin tahu mengenai status kehamilan Ozlynn.

Susulan perkara itu, pemilik nama sebenar Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz telah tampil memberi kenyataan bagi menjawab berhubung spekulasi berkenaan.

“Hahaha… doa-doakan sahajalah. Mudah-mudahan,” jawab Johan ringkas memetik sebuah portal online.

Johan & Ozlynn

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Erin Malek Gagal Langsai Hutang, Azura Couture Mahu Busana Dipulangkan

OPPO Malaysia & Lazada Celebrate The Annual 11.11 Singles Day