in ,

Erin Malek Gagal Langsai Hutang, Azura Couture Mahu Busana Dipulangkan

Pereka fesyen terkenal yang juga merupakan pemilik butik Azura Couture, Azura Mazaruddin mahu mengambil mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon, Erin Malek.

Ia melibatkan isu kegagalan pelakon berkenaan untuk melangsaikan hutang berjumlah RM50,000.

Menurut Harian Metro, Azura sebelum ini mendakwa pemilik nama sebenar Nur Arina Abdul Malek itu gagal untuk melangsaikan hutang berjumlah RM80,OOO.

Erin Malek Gagal Langsai Hutang, Azura Couture Mahu Busana Dipulangkan

Erin Malek Gagal Langsai Hutang, Azura Couture Mahu Busana Dipulangkan

Difahamkan, hutang itu merupakan bayaran yang dikenakan terhadap Erin selepas menggunakan perkhidmatan Azura untuk majlis resepsi pada tahun 2014 lalu.

Namun, Erin yang diwakili oleh bapa tirinya merayu agar bayaran tersebut dikurangkan kepada RM50,000 dan pemilik butik tersebut telah bersetuju.

“Dalam proses terbabit Erin yang diwakili bapa tirinya meminta agar harga bayaran perkhidmatan dan baju perkahwinan yang saya hasilkan dikurangkan kepada RM50,000.

“Pihak kami setuju dengan permohonan itu dan mahkamah memutuskan bahawa Erin yang diwakili bapa tirinya harus melunaskan hutang berkenaan dengan bayar secara berperingkat setiap bulan,” katanya.

Bagaimanapun selepas setahun, Erin dikatakan masih gagal untuk melunaskan bayaran tersebut mengikut harga yang dipersetujui bersama.

Erin Malek Gagal Langsai Hutang, Azura Couture Mahu Busana Dipulangkan

Jelas Azura, ekoran pelakon terbabit meminta bayaran hutang berkenaan dikurangkan, maka pihak mahkamah telah mengarahkan Erin sekali gus memulangkan baju perkahwinan yang dihasilkan pereka tersebut.

“Dia bukan sahaja tidak bayar, malah tidak memulangkan baju seperti yang diarahkan,” jelasnya.

Tambah Azura lagi, dia akan meminta mahkamah untuk mahkamah mengeluarkan arahan pelaksanaan perintah terhadap Erin bagi mendapatkan semula haknya.

“Bagaimanapun bukan mudah untuk melaksanakannya kerana surat harus diserahkan kepada Erin. Masalahnya, dia sudah berpindah dan pihak saya tidak tahu alamat terbarunya,” ujar Azura dengan nada kecewa.

Sementara itu, Azura juga memberitahu dia telah cuba menjejaki pelakon berkenaan menerusi laman Instagram.

Erin Malek Gagal Langsai Hutang, Azura Couture Mahu Busana Dipulangkan

Tetapi, usaha tersebut menemui kegagalan apabila pesanan yang dihantar tidak berjawab dan komen pada ruangan foto pula dipadam oleh Erin.

Hasil tinjauan MYNEWSHUB melalui Instagram milik Erin, ruangan komen untuk semua perkongsiannya telah ditutup.

Sehingga kini, dia dilihat masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung isu ini.

Erin Malek Gagal Langsai Hutang, Azura Couture Mahu Busana Dipulangkan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cabaran Ingin Menunaikan Haji Dalam Telemovie KE PINTU KAABAH

Johan Raja Lawak Ozlyn Wati | 19

Betul Ke Johan & Ozlynn Bakal Timang Cahaya Mata Lagi?