in ,

Berjaya Rangkul Anugerah, Awesome TV Jadi Pilihan Utama Rakyat Malaysia 

Berjaya rangkul anugerah cermerlang ‘Best In Consumer Satisfaction’ bagi kategori Stesen Televisyen Percuma di Majlis MCMC Star Rating Awards 2021

Walaupun baru dua tahun beroperasi, stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV berjaya meletakkan tanda aras baharu sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan sebagai destinasi utama pilihan rakyat Malaysia apabila merangkul anugerah ‘Best In Consumer Satisfaction’ bagi kategori televisyen percuma MCMC Star Rating Awards 2021 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang diadakan secara tertutup pada 21 Disember lalu.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital; YB Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Digital; Datuk Seri Mohammad Mentek serta Ketua Pegawai Operasi SKMM; Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus kepada Awesome TV sebagai pengiktirafan terhadap kepuasan pengguna untuk perkhidmatan cemerlang yang ditawarkan oleh Awesome TV kepada rakyat Malaysia.

Johan Ishak, Pengarah Urusan Awesome TV menerima anugerah dari YB Menteri Komunikasi dan Digital
Pengarah Urusan Awesome TV, Johan Ishak menerima anugerah  ‘Best In Consumer Satisfaction’ bagi pihak Awesome TV

Untuk makluman, majlis penganugerahan ‘MCMC Star Rating Awards’ mula dianjurkan pada 2016 untuk mengiktiraf perkhidmatan cemerlang industri. 

Pemilihan pemenang adalah berdasarkan peranan penting yang diketengahkan oleh pemain-pemain industri dalam menyediakan perkhidmatan cemerlang menerusi tiga sektor utama iaitu industri telekomunikasi, penyiaran dan industri kurier.

Mengulas lanjut mengenai anugerah yang diterima, Dato’ Adam Ilyas selaku Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV berkata, “Sebagai pembekal kandungan hiburan tanah air, kami amat gembira dengan pengiktirafan cemerlang yang diberikan oleh pihak SKMM dan menyifatkan ia sebagai sebuah penghormatan yang cukup membanggakan. 

Dinobatkan sebagai penerima anugerah ‘Best In Consumer Satisfaction’ bagi kategori televisyen percuma sekaligus membuktikan segala usaha keras dan komitmen berterusan Awesome TV selama ini berjaya memberi kepuasan kepada segenap lapisan masyarakat terhadap perkhidmatan dan kandungan berkualiti yang ditawarkan oleh kami.

Kami ingin mengucapkan syabas kepada pihak SKMM di atas penganjuran majlis penganugerahan seumpama ini kerana ia dapat menyemai budaya persaingan yang sihat dalam kalangan pemain industri. Pengiktirafan yang diberikan pastinya berfungsi sebagai faktor pendorong yang dapat menyuntik semangat kepada stesen televisyen seperti Awesome TV untuk terus memberikan perkhidmatan yang produktif dan inovatif untuk dimanfaatkan oleh masyarakat.

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan mereka yang tidak pernah berbelah bahagi kepada Awesome TV selama ini kerana tanpa sokongan mereka, kejayaan ini pastinya tidak tercapai.”

Untuk rekod juga, Awesome TV telah berjaya mencatatkan jumlah tontonan terkumpul yang melonjak sehingga 2.6 bilion sejak stesen ini mula beroperasi pada tahun 2020 sehingga kini. Ini adalah berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh firma penyelidikan, pengguna dan media, Nielsen Malaysia.

Statistik tersebut membuktikan program-program terbitan Awesome TV berjaya membekaskan impak di hati rakyat Malaysia sekaligus menjadikan stesen ini sebagai destinasi utama untuk menikmati program-program hiburan berkualiti di Malaysia. Teruskan menonton variasi program-program hebat Awesome TV di saluran Astro (123) dan MyTV (112).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Original iQIYI ‘Sorry Naik Lori’ Meraih Drama Melayu No. 1

SENARIO

Awesome TV Buka Tirai 2023 Dengan Kampung Senariuh Sitkom Pelawak Legenda