in ,

Nur Fathia & Miera Leyana Curi Tumpuan di Uzbekistan

Pada hari ini, satu berita tentang trip dua orang selebriti Miera Leyana dan Nur Fathia telah pun disiarkan di Harian Metro dalam ruangan Rap. Berita bertajuk Fathia, Miera Liyana curi tumpuan di Uzbekistan.. wow, Budiey rasa sangat bangga juga baca berita ni sebabnya gambar yang tertera dalam akhbar ni adalah gambar dari lensa Budiey. Walaupun gambar 5 orang selebriti di karpet merah ni sangat la tak memuaskan hati dan Budiey rasa sangat tak sempurna, tapi peduli apa kan? Itu je yang ada, lagi pun sangat susah sebenarnya nak ambil angle dan shot yang bagus pada masa tu.

Dalam pada itu, Budiey ada rasa satu lagi berita yang wajar diwar-warkan di mana Nur Fathia telah menjadi juri untuk memilih 20 orang model yang akan menggayakan busana rekaan pereka Malaysia, Alia Bastamam di Uz Style Art Week nanti. Satu sesi ujibakat telah diadakan dan Nur Fathia antara selebriti yang menjadi juri. Syabas Fathia! Jom saksikan video kat atas ni.

Nur Fathia & Miera Leyana Curi Tumpuan di Uzbekistan

Nur Fathia & Miera Leyana Curi Tumpuan di Uzbekistan

[dropcap]D[/dropcap]ua pelakon terkenal tanah air, Nur Fathia Abdul Latif dan Miera Liyana Kasmi berjaya mencuri tumpuan tetamu yang hadir pada acara karpet merah dan pembukaan Forum Filem Antarabangsa Tashkent Golden Guepard kali ketiga yang berlangsung di Tashkent di sini semalam (Sabtu).

Sebahagian daripada tetamu yang hadir menyangka Fathia, 25, dan Miera Liyana, 23, merupakan artis dari negara Timur Tengah sehingga ada pengarah filem yang berminat menawarkan mereka berlakon dalam filem terbaharu terbitan negara itu.

Pengarah filem Rusia, Said Muxtozor telah menawarkan Miera Liyana berlakon dalam sebuah filem berjudul Jealous yang mana pelakon itu akan diberikan watak gadis bisu.

“Saya tidak menjangka akan mendapat perhatian pengarah filem antarabangsa hingga bersetuju untuk menawarkan saya watak utama dalam filemnya. Saya difahamkan Said antara produser terkenal di negaranya dan telah menerbitkan lebih 20 buah filem,” kata Miera Liyana.

Sementara itu, Fathia pula ditawarkan muncul dalam klip video penyanyi terkenal tempatan Atarbek Dotsent Maxashev yang bakal menjalani penggambaran di Malaysia tidak lama lagi.

“Perkara ini masih dalam perbincangan lanjut walaupun pada dasarnya saya telah bersetuju. Andai kata kedua-dua pihak bersetuju, ini bakal menjadi pengalaman pertama saya bekerja dengan artis antarabangsa,” ujar Fathia.

Acara itu berlangsung selama lima hari bermula 19 Oktober lalu yang dihadiri oleh ramai penggiat seni termasuk dari India, Rusia, Brazil, Iran, Perancis, Republik Czech, Jepun, Jerman dan Sepanyol.

Forum Filem Antarabangsa Tashkent Golden Guepard mempertandingkan kategori filem animasi, filem pendek dan filem cereka manakala majlis penutup acara itu akan berlangsung pada 24 Oktober ini.

Antara artis popular negara Uzbekistan yang hadir pada acara pembukaan itu ialah Shaxzoda Muhamedouq, Saliyeva Sevara, Nargiza Salmonova, Jamilia dan pelakon lelaki terkenal Ulugbek.

Nur Fathia & Miera Leyana Curi Tumpuan di Uzbekistan

Nur Fathia & Miera Leyana Curi Tumpuan di Uzbekistan

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ulasan Konsert Rock MPO di Dewan Filharmonik PETRONAS

Liyana Jasmay

Say Hello to Hanoi with Samsung’s NX Traveller