in ,

Ulasan Konsert Rock MPO di Dewan Filharmonik PETRONAS

Pada 21 September yang lalu, Budiey menjejakkan kaki di KLCC setelah mendapat tiket dari PETRONAS untuk menonton persembahan Ella, Mus May dan Man Kidal di Konsert MPO Rocks yang berlangsung buat julung kali di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP). Terima kasih PETRONAS sebab tak putus-putus menghulurkan jemputan dan pada malam itu, Budiey diberikan dua keping tiket. Tapi sayang, tiket satu lagi tu, membazir macam tu je sebab takde sape nak temankan Budiey. Namun begitu, Budiey takdelah rasa keseorangan dan kesunyian kerana dewan pada malam tu cukup meriah dengan peminat rock yang havoc dan happening.

Bagi Budiey, persembahan yang bertemakan rock ini dengan iringan pemuzik berpengalaman, Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) di bawah pimpinan Ahmad Muriz Che Rose sangat jarang dipersembahkan. Itulah sebab Budiey sanggup datang sebab konsert ini sangat eksklusif dengan gegaran dan aura serta pengaruh mereka terutama sekali Ratu Rock Ella. Yang penting Budiey memang minat dengan lagu-lagu Ella. Jadi tak sabar lah nak tengok persembahan Ratu Rock dengan iringan pemuzik orkestra.

Kalau dilihat dari segi gaya dan fesyen peminat yang hadir pun taklah seperti kebiasaan, kali ini kelonggaran diberikan di mana mereka boleh datang dengan pakaian yang santai dan ranggi. Kiranya sesuai dengan tema konsert ni.

[pullquote align=”right”]Bagi ketiga-tiga ikon rock ini, sudah pasti konsert ini adalah satu penghormatan khas untuk mereka.[/pullquote]

Persembahan dibuka dengan persembahan petikan gitar Man Kidal dengan membawa lagu Seruan. Kemudian show diteruskan dengan lagu tema yang diangkat daripada filem The Godfather. Sungguh melodi lagu ini dan membuatkan Budiey sendiri terpaku dengan aura bintang rock otai ini.

Dua lagu bagaikan tak cukup, tapi Budiey dapat saksikan sentuhan ajaib bekas anggota kumpulan Lefthanded mengiringi persembahan Mus May dan Ella. Dengan gabungan pemuzik rock dan orkestra ditambah lagi dengan vokal mantap yang berbaur dengan iringan orkestra dah tentu menjadikan iramanya lebih fresh dan unik. Syabas juga buat Datuk Ramli MS selaku Pengarah Artistik konsert.

Penonton kemudian disajikan dengan persembahan rancak penuh energi Mus May dengan lagu Pelayaran, Hakikat dan Stairway To Heaven. Budiey tengok, rata-rata yang datang ikut nyanyi bersama dan mereka terhibur juga dengan celoteh pendek dari Mus May.

Atmosfera dewan berprestij itu kemudian berubah dengan irama balada rock dengan lagu popular, Sendiri dan Sinar yang disampaikan secara Medley. Kemudian, Mus May mendendangkan pula lagu Srikandi Cintaku yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Bloodshed. Ternyata Mus May berjaya memukau peminat yang hadir sehingga mereka turut bersama menjadi penyanyi latar pada malam itu. Ohsem giler.

Seusai persembahan Mus May, persembahan yang Budiey tunggu pun tiba jua. Ratu Rock Ella tampil anggun seperti pengantin dengan busana gaun. Sebanyak tujuh buah lagu disampaikan Ella secara medley pada malam itu berdurasi lebih kurang 40 minit. Beliau memulakan salam dengan lagu Standing In The Eyes of The World, di mana lagu ini jika anda masih ingat, adalah lagu tema bagi Sukan Komanwel 1988 di Kuala Lumpur.

Seperti biasa, Ella memang bijak menarik perhatian penonton dengan berinteraksi dengan penonton secara spontan dan manja. Seterusnya, Ella membuai kenangan penonton dengan lagu Layar Impian. Kedudukan Ella juga tidaklah statik kerana pemilik nama Norzila Aminuddin ini begitu lincah dengan menguasai pentas. Kalau ada markah untuk penguasaan pentas, dah tentu Budiey akan kasi markah penuh. Gittew! Ella bukan sahaja mundar mandiri ke kiri dan ke kanan, malah Ella juga duduk mencangkung. Nampak comel pulak, kan?

Terdetik juga dalam hati Budiey, kenapa tak dibuat je konsert Ella secara besar-besaran di stadium. Comfirm meletop dan dibanjiri oleh peminat yang rata-rata menunggu kemunculan konsert Ella sebab Budiey rasa dah lama Ella tak buat konsert mega secara solo. Kalau dibuat bersama pemuzik orkestra pun best gak ni. Apa-apa pun, kenangan menonton konsert pada malam tu memang takkan Budiey lupa sebab ia ada kelas tersendiri.

Show Ella Rock MPO

Show Ella Rock MPO

Show Ella Rock MPO

Show Ella Rock MPO

Show Ella Rock MPO

Show Ella Rock MPO

Show Ella Rock MPO

Show Ella Rock MPO

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Showcase Shila Amzah Sukses Shila Rancang Konsert

Nur Fathia & Miera Leyana Curi Tumpuan di Uzbekistan