in

Benjy Ditangkap Lagi Positif Dadah Jenis Syabu

Pelakon Khaeryyl Benjamin Ibrahim, atau Benjy sekali lagi ditahan pada pagi Rabu 26 Jun 2013 atas kesalahan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Utusan Online melaporkan, anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap pada kira-kira pukul 11.30 pagi Rabu selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Pihak polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu pada Khamis di bawah Seksyen 15(1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya,” kata sumber polis.

Benjy pernah ditahan atas tuduhan memiliki 0.24 gram syabu di rumahnya pada tahun 2010. Benjy sebelum ini ada berlakon dalam teater  teater ‘Tattoo Gestapo dan sibuk menguruskan bisnes ‘vending machines’  bersama dengan rakan kongsinya.

Alamak, tak insaf-insaf lagi, ingat ke dia dah okay. Mmmm…

benjy

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Nora Danish, Adi Putra & Fiza Sabjahan Duta Seindah Ramadan TV3

Zizan Razak Ganti Budiey Bawa Watak Vanity Smurfs