in

Zizan Razak Ganti Budiey Bawa Watak Vanity Smurfs

Ingat lagi tak dengan watak Vanity Smurf dalam filem Smurfs tu? Ya, Budiey pernah bawa watak alih Bahasa Malaysia sebagai Vanity Smurf dalam filem ini yang disiarkan pada hari raya tahun lepas. Dikhabarkan, watak Vanity Smurfs ini dibawa semula oleh pelawak terkenal Zizan Razak semasa kunjungannya di Paris dan Brussels sempena Festival Global Smurfs Day pada 20 Jun lepas.

Global Smurfs Day adalah satu-satunya hari yang mengumpulkan para peminat, selebriti mahupun kru yang terlibat dengan The Smurf bersempena ulangtahun kelahiran pencipta Smurfs, Peyo.

Untuk pengetahuan semua, Zizan sendiri telah menyumbangkan suaranya untuk karakter Vanity dalam The Smurfs 2 versi Bahasa Melayu yang dijangka ditayangkan pada 8 Ogos 2013.

Dalam video yang diambil daripada laman web www.wireframe.com.my merupakan aksi dan gelagat Zizan sewaktu menghadiri festival tersebut di Paris pada 22 Jun lalu.

Di Paris, Zizan sempat mengikuti acara serta aktiviti yang dianjurkan oleh pihak penganjur. Antaranya seperti, melawat Moof Museum yang terletak di Brussels, menyaksikan patung Giant Smurf, makan bersama Duta-duta Smurfs dari seluruh dunia serta berpakaian dan berwatakan seperti The Smurf!

Zizan Vanity Smurfs

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Benjy Ditangkap Lagi Positif Dadah Jenis Syabu

Gambar Raja Ilya di Majlis Santai Bersama Rafflesia