in

Bengkel Kecantikan Sensasi Selebriti Bersama Irma Hasmie

Salam semua pembaca Sensasi Selebriti,

Berita baik bagi anda yang menitikberatkan tentang penampilan dan imej diri… kini, Sensasi Selebriti dengan kerjasama AsterSpring akan mengadakan Bengkel Kecantikan khusus untuk anda yang mahu belajar tentang teknik solekan yang betul dan berkesan. Ianya akan ditunjuk ajar oleh jurusolek yang berpengalaman.

Pelajari teknik asas solekan yang sesuai dengan wajah serta tona kulit anda. Selain dapat belajar teknik yang betul untuk menatarias wajah anda, seorang selebriti juga turut ditampilkan untuk mengajar anda bagaimana membawa imej serta penampilan anda.

Untuk Bengkel Kecantikan pertama, Budiey ingin menjemput pembaca Sensasi Selebriti untuk menyertai program ini yang akan diadakan di SACC Mall, Shah Alam (AsterSpring SACC, Lot 2F-15, Aras 2) pada 10 Julai 2010 jam 2 petang.

Artis jemputan untuk sessi ini ialah Irma Hasmie. Pelakon dan pengacara ini akan berkongsi cerita dan tips untuk anda lebih yakin berketrampilan.

Aturcara Program:

1. Berkumpul jam 2 petang di AsterSpring SACC, Lot 2F-15, Aras 2

2. Sesi suaikenal.

3. Sesi menanggalkan mekap.

4. Sesi mempelajari teknik menatarias wajah.

5. Sesi beramah mesra bersama Irma Hasmie

6. Minum petang.

Bersama-sama kita mendalami ilmu menjaga kulit serta teknik-teknik menatarias wajah. Minum petang disediakan.

Yuran Masuk :

1.
Bayar RM 100 dan anda akan dapat:
1 x RM 100 baucar Averine (utk penukaran dengan produk mekap Averine)
1 x RM 100 baucar servis (utk penukaran dengan rawatan muka atau badan)

Atau

2.
Pembelian produk mekap Averine bernilai RM 400 dan anda akan dapat:
1 x La Tweeze bernilai RM80
1 x rawatan penyimbangan wajah bernilai RM168
1 x RM60 baucar produk Averine (penebusan sah semasa bengkel dijalankan)

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03 – 5512 9088 atau 5512 7088

Kita jumpa di sana!

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Peraduan Konsert Kemuncak Suria FM 2010 – Sensasi Selebriti

Gossip Artis Kaki Lewat