in

Peraduan Konsert Kemuncak Suria FM 2010 – Sensasi Selebriti

Salam pembaca Sensasi Selebriti yang dimuliakan,

Radio Suria FM – Muzik Terbaik 90an dan Terbaru akan mengadakan Konsert Kemuncak Suria FM 2010 pada 24 Julai 2010 (Sabtu) di Dataran Putrajaya, Precint 3.

Dikatakan, Konsert Kemuncak ini adalah konsert terbesar anjuran Suria FM. Sebenarnya, pernah diadakan pada tahun 2007 lalu di Bukit Jalil dan kalau masih ingat, ketika itu ramai sekali artis dari Indonesia.

Bagi memeriahkan lagi Konsert Kemuncak Suria FM 2010 itu nanti, krew Suria Wheels Suria FM juga mengadakan jelajah mereka di kawasan Utara dan Selatan untuk mengadakan sesi uji bakat buat orang ramai yang ingin naik ke pentas dan menyanyi atau menari bersama artis kesayangan mereka di Konsert Kemuncak itu nanti.

Hanya seorang sahaja yang bertuah akan dipilih dan diberikan peluang naik ke pentas. Ini merupakan peluang yang jarang diperolehi oleh sesiapa dan ia juga merupakan peluang yang sangat berharga.

Konsert Kemuncak Suria FM 2010 turut membariskan artis-artis terkenal tanah air seperti Anuar Zain, Aizat, Hattan, Kumpulan Slam, Black Mentor, One Nation Emcee, Jinbara, Akim, Mawi dan ramai lagi. Dalam pada itu, bagi menghangatkan lagi konsert tersebut, Mini Kemuncak Suria FM akan diadakan di beberapa buah negeri seperti Pulau Pinang, Perak dan Johor pada setiap hujung minggu sepanjang bulan Julai.

Peminat artis juga berpeluang untuk mendapatkan pas hadapan pentas bagi menyaksikan konsert tersebut.

Suria FM juga menawarkan 20 tiket mosh pit untuk pembaca Sensasi Selebriti di mana anda akan diberikan tiket terhad untuk berada di hadapan pentas Konsert Kemuncak Suria FM 2010 ini.

Budiey mencari 10 pasang pembaca yang berminat untuk mendapatkan tiket ini.

Tidak perlu menjawab soalan. Anda hanya perlu lengkapkan slogan ini tidak melebihi 15 patah perkataan:

Saya mahu enjoy di Konsert Kemuncak Suria FM 2010 kerana…. (tidak lebih dari 15 patah kata)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:

20 Julai 2010

Tajuk Email: Peraduan Konsert Kemuncak Suria FM 2010 – Sensasi Selebriti

SYARAT & PERATURAN:

  • Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  • Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  • Keputusan juri adalah muktamad.
  • Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Mini Kemuncak Suria FM Penang & Perak Meriah

Bengkel Kecantikan Sensasi Selebriti Bersama Irma Hasmie