in ,

Bekas Pembantu Peribadi Aliff Syukri Pergi Menghadap Illahi

Berita duka baru sahaja menyelubungi usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman apabila bekas pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Ghazi dilaporkan “pergi” menghadap Illahi pada 9 September 2020. 

Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh isteri Aliff Syukri, Datin Shahida yang memuat naik ucapan takziah dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat. 

ghazi

Dikesempatan tersebut, Shahida dilihat memohon pengikutnya mengambil masa sebentar untuk mensedekahkan bacaan Al-Fatihah buat arwah.

“Dukacita saya maklumkan, bekas kakitangan saya yang amat saya sayangi, seperti adik saya sendiri, Muhammad Ghazali B Hj Mat Lawi telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.”

“Mari sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah dan sama-sama doakan rohnya dicucuri rahmat, diampunkan dosanya, dilapangkan kuburnya ditempatkan di kalangan mereka yang beramal soleh.”

“Saya akan rindu awak Ghazi saya sayang awak tapi Allah lebih sayang awak,”

– Shahida

PEMERGIAN TURUT DIRASAI OLEH SAJAT

Dalam pada masa yang sama, pemergian arwah turut mengundang rasa sedih usahawan kontroversi iaitu Muhammad Sajjad. Dia turut berkongsi foto kenangan bersama Allahyarham yang pernah berurusan dengannya sebelum ini.

“Salam Takziah Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rojiuun Al-Fatihah buat rakan ku @ghazi_ml. Semoga arwah di tempat kan di kalangan orang beriman. Salam takziah.”

– Sajat

JANGKITAN KUMAN PADA PARU-PARU

Pada beberapa hari lalu, yang juga bekas pembantu Aliff Syukri iaitu Kak Mel ada memuat naik perkembangan Ghazali yang sedang tenat. Menurutnya Arwah pada ketika itu mengalami jangkitan kuman pada bahagian paru-paru gara-gara apendiks pcah.

“Semoga @ghazi_ml di beri keajaiban. Pagi tadi saya dapat call dari abang gazi bahawa beliau tengah tnat sekarang. Di sebabkan appendiks beliau pcah dan kuman dah merebak ke paru-paru beliau.”

“Semoga beliau di beri kekuatan dan kesembuhan. Akak pun ingin memohon maaf jika selama kita bersama menjalankan tugasan.

Akak ada terkasar bahasa dan menguris hati. Halalkan makan minum. Akak pun maafkan segala kesalahan ko dik.”

– Kak Mel

Terdahulu, Allahyarham Ghazi menarik perhatian ramai dan menjadi tanda tanya pengikut Aliff Syukri apabila kelihatan seorang jejaka kacak sering bersama keluarganya sebelum dia mengundurkan diri sebagai pembantu peribadi usahawan itu.

Sama-sama kita titipkan bacaan Al-Fatihah buat arwah dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cabaran Haiwan Dalam Kehidupan Menerusi Dokumentari A YEAR IN THE WILD – ALASKA & YORKSHIRE

Sambut Ulang Tahun Ke-23 Secara Bersendirian, Naim Daniel Hadiahkan Lagu Baru