in , ,

Bekas PA Mahu Hantar Rombongan Meminang Datuk Seri Vida

Bekas pembantu peribadi (PA) kepada Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli kini sedang merancang meminang jutawan kosmetik itu dalam masa terdekat.

Nampaknya, Iqbal kini serius mahu melangkah ke fasa baharu kehidupan dan enggan membuang masa bermain cinta dengan bekas majikannya itu. 

Malah lelaki itu mendedahkan bahawa dia mahu meminang Datuk Seri Vida dalam masa terdekat ini selain sudah memaklumkan niat tersebut kepada kakak usahawan berkenaan.

Sebelum itu, menerusi Instagram Vida ada berkongsi rakaman panggilan video bersama Iqbal yang dilakukan baru-baru ini. Menerusi rakaman tersebut, Iqbal mengakui terlalu merindui jutawan kosmetik itu dan mahu meneruskan hubungan mereka ke fasa baharu. 

“Saya dah fikir masak-masak! Saya tak mahu main-main dengan perasaan ini terlalu lama. Saya merancang nak merisik dan meminang dalam masa terdekat,”

– Iqbal
Iqbal Jawab Isu Vida, Tular Jam Mewah

Walaubagaimanapun, dia masih belum dapat memberikan tarikh spesifik memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berlangsung lantas menyukarkan keluarga mereka untuk bersemuka.

“Saya dah cakap dengan Vida, dia faham maksud saya tapi dia minta ikut adat sebab dia perempuan, jadi lebih elok kalau jumpa keluarganya dahulu… saya pun tak nak buang masa dah,”

– Iqbal

Dalam pada itu, lelaki berkenaan meluahkan rasa syukur kerana Datuk Seri Vida disahkan masih lagi subur dan boleh melahirkan anak lagi.

“Dah dua kali DSV buat ujian kesuburan… Alhamdulillah dia boleh hamil lagi. Itu satu berita yang baik untuk kami jika berkahwin, sekurang-kurangnya nanti kami boleh timang anak. 

Saya berkahwin sebab memang nak anak dan dia sendiri sanggup buat ujian untuk memastikan dia masih boleh mengandung, saya kira itu satu pengorbanan besar untuk saya.

“Namun dalam sesebuah perkahwinan semestinya soal zuriat juga penting,”

– Iqbal

Dalam pada itu, Iqbal menafikan dia dan Vida menjaja kisah cinta ini sebagai gimik untuk melariskan produk jualan mereka: 

“Semua yang kami kongsi di media setakat ini benar cuma DSV biasalah, tidak boleh lari daripada menjual produk. 

– Iqbal

Meskipun timbul pelbagai khabar angin dek pengakuan beraninya sebelum ini, Iqbal turut menegaskan bahawa perasaan cinta tersebut adalah serius dan bukan untuk melariskan produk jualan mereka.

Apa pun, semoga urusan mereka dipermudahkan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Engku Emran Titip Ucapan Istimewa Buat Noor Nabila Sempena Hari Lahir

Rohas Remi Memberi Suasana Romantis Baru Dengan Single HAI NONA MANIS