in , ,

Engku Emran Titip Ucapan Istimewa Buat Noor Nabila Sempena Hari Lahir

Kakak kepada personaliti terkenal Neelofa, Noor Nabila khabarnya telah menerima hadiah dan ucapan istimewa daripada suami kesayangan, Engku Emran sempena hari lahirnya yang ke-36, semalam.

Engku Emran dan Noor Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Bella turut berkongsikan momen-momen istimewa itu menerusi media sosialnya untuk tatapan peminat.

Bukan sahaja ucapan romantis, Engku Emran turut menghadiahkan Nabila dengan sejambak bunga lily yang dihias cantik untuk isteri tersayang.

“Semoga Allah terus melimpahi anda dengan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, iman dan takwa. Ameen Ya Rabb. Anda tahu anda sangat istimewa untuk saya dan saya cintakan awak.” tulis Engku Emran di bahagian kapsyen foto yang dimuat naik olehnya di Instagram.

NOORNABILA

Dalam pada itu, Nabila juga menerima kad ucapan hari jadi daripada anak kesayangan Jebat Jayden serta anak tirinya, Engku Aleesya.

NOORNABILA

Terdahulu, Noor Nabila dan Engku Emran telah sah menjadi suami isteri hanya dengan sekali lafaz bertempat di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail pada 19 Mac yang lalu.

Kedua-dua pasangan ini mempunyai seorang anak hasil daripada perkahwinan yang terdahulu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netflix Siar Trailer RED NOTICE Lakonan Dwayne Johnson, Ryan Reynolds & Gal Gadot

Bekas PA Mahu Hantar Rombongan Meminang Datuk Seri Vida