in ,

Bayaran I-Citra Bagi Bulan Kedua Akan Dibuat Bermula 1 September

Cepat Betul Masa Berlalu. Dah Tiba Untuk Anda Menerima Wang Anda Yang Disimpan dalam KWSP Untuk Kali Kedua. Bayaran I-Citra Bagi Bulan Kedua Akan Dibuat Bermula 1 September

Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada orang ramai yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Skim pengeluaran i-Citra ini lebih mudah berbanding skim pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar yang lalu.

Malah, bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai lalu telah mula dibayar bermula bulan Ogos 2021.

Bayaran I-Citra Bagi Bulan Kedua Akan Dibuat Bermula 1 September

Bagaimanapun untuk bayaran bulan kedua (September), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bayaran akan dibuat bermula seawal 1 September 2021 ini.

Menerusi perkongsian di media sosial rasminya, pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh satu hingga tiga hari bekerja dan bergantung kepada prosedur bank.

Ahli juga boleh mendapatkan status bayaran terkini melalui i-Akaun (Ahli) dan hubungi talian 03-8922 4848 sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan i-Sinar.

Namun, bagi korang yang masih belum memohon, boleh mengemukakan permohonan i-Citra yang dibuka sehingga 30 September 2021 secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my.

Permohonan pengeluaran i-Citra dibuka bermula pada 12 Julai 2021.

Ia adalah inisiatif jangka pendek bagi membantu pencarum yang terkesan dengan cabaran ekonomi akibat pandemik Covid-19 dan mengimbangi keperluan masa kini serta masa depan ahli.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Filem EJEN ALI MISI: JUANG Menang Anugerah Animasi 3D Terbaik

Tak Sampai Sejam Sahkan Kepulangan Ronaldo Ke Old Trafford, Ini Yang Berlaku