in , ,

Tak Sampai Sejam Sahkan Kepulangan Ronaldo Ke Old Trafford, Ini Yang Berlaku

Tiada yang lebih mengujakan buat penyokong kelab Manchester United apabila mengetahui lagenda mereka, Cristiano Ronaldo akan kembali beraksi bersama The Red Devils selepas 12 tahun meninggalkan Old Trafford.

Mula disahkan akaun Twitter rasmi MU sekitar awal pagi tadi, berita tersebut nyata disambut baik oleh para peminat mereka malah segelintir peminat Ronaldo sendiri.

Difahamkan MU telah menawarkan kontrak selama 2 tahun buat Ronaldo sebagai permulaannya kembali ke Theatre of Dreams dengan yuran perpindahan €15 Juta RM (RM74 Juta) berserta €8 Juta Tambahan (RM39.58 Juta).

Tak Sampai Sejam Sahkan Kepulangan Ronaldo Ke Old Trafford, Ini Yang Berlaku

Namun impak dari berita perpindahan tersebut memberikan petanda positif buat keseluruhan kelab antaranya nilai saham kelab yang meroket naik.

Menerusi laporan Telegraph Investing, saham The Red Devils sudah mula melonjak sebanyak 5% sebaik ura-ura mengenai perpindahan kembali Ronaldo mula dibicarakan oran ramai, namun graf terus meroket tinggi ke 8% sebaik Manchester United mengesahkan berita tersebut.

“Saham di Manchester United melonjak naik kepada 8% selepas ia mengesahkan berita sensasi untuk kembali mendandatangani Ronaldo,”

– Telegraph Invest
Tak Sampai Sejam Sahkan Kepulangan Ronaldo Ke Old Trafford, Ini Yang Berlaku

Dengan kenaikan sebanyak 8% dalam masa beberapa jam, impak Ronaldo telah meningkatkan ‘market cap’ saham kelab kepada sekitar USD 250 juta (RM 1.04 bilion)

Ronaldo ketika ini difahamkan sudah berada di Lisbon dimana pemeriksaan kesihatan akan turut dilakukan di sana selepas dia secara rasmi meninggalkan Juventus semalam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bayaran I-Citra Bagi Bulan Kedua Akan Dibuat Bermula 1 September

Mawar Rashid Sebak Suami Terbuka Hati Keluar 3 Hari Belajar Agama dengan Ustaz Ebit