in ,

Baru 2 Bulan Nikah, Emma Maembong Tunjuk True Color & Perangai Sebenar

Sudah bergelar isteri, pasti ianya fasa baharu buat Emma Maembong kerana perlu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Emma mengakui dia tidak ke pasar untuk membeli barangan dapur. Menurut Emma, meskipun ianya perkara yang mudah namun agak mencabar buatnya. Perkara itu didedahkan Emma di dalam program realiti, The House musim pertama dalam episod kedua yang pernah ditayangkan pada tahun 2016.

Baru 2 Bulan Nikah, Emma Maembong Tunjuk True Color & Perangai Sebenar

Dalam pada itu, Emma berkata dia juga tidak suka memandu seorang kerana kurang keyakinan diri, malah dia tidak pernah memandu seorang diri.

“Ia perkara yang besar buat saya sebab tak pernah pergi pasar atau memandu kereta seorang. Ia agak mencabar walaupun sebenarnya benda yang mudah.

“Tambahan pula saya tak suka memandu seorang diri kerana kurang keyakinan diri,”

– Emma Maembong

Menerusi episod itu, Emma diberi cabaran mencari barang dapur untuk dimasak oleh Chacha Maembong dan Yaya Maembong. The House mengisahkan kehidupan tiga beradik selebriti popular, Emma Maembong, Chacha Maembong dan Yaya Maembong.

Difahamkan, drama siri realiti The House itu ditayangkan semula menerusi portal Astro Gempak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tunjuk Bukti, Da’i Wan Dakwa Aliff Syukri Kantoi Menipu Orang Ramai

Suria FM Hibur Pendengar dengan Konsert SURIA NOVA BERSAMA ANDA