in ,

Suria FM Hibur Pendengar dengan Konsert SURIA NOVA BERSAMA ANDA

Konsert Suria Nova Bersama Anda, Konsert Virtual Pertama Kerjasama Suria Fm Dan Nova Music

Stesen radio Suria FM dengan kerjasama syarikat rakaman Nova Music buat pertama kalinya akan menganjurkan konsert secara dalam talian iaitu Konsert Suria Nova Bersama Anda pada 21 April, jam 9.00 malam secara langsung di Facebook Suria FM dan Youtube Nova Music. 

Barisan nama popular yang akan menghiasi dan membuat persembahan di Konsert Suria Nova Bersama Anda adalah seperti seperti Hazama, Indah Ruhaila, Idayu, Ezad Lazim, Adira, Amir Masdi, Fiena dan Sofea Arissa. 

SURIA NOVA BERSAMA ANDA

Bukan itu sahaja, konsert ini juga akan menampilkan penyampai segmen Team Pagi Suria iaitu Ajak, Issey dan Fizi Ali sebagai hos. 

“Bagi menghormati arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang berlanjutan, Suria melihat ini bukanlah satu alasan untuk tidak kekal memberikan selektif program yang menarik kepada peminat dan pendengar setia.

Jadi, apa yang Suria boleh berikan adalah pendekatan yang terbaik dan berbeza tetapi tetap memberikan hiburan kepada peminat semua,”

– Pengurus Kanan Suria, Cik Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin

Tambah DJ Lin, barisan artis Nova Music yang akan membuat persembahan di konsert ini merupakan nama yang tidak asing lagi di dalam dunia hiburan dan lagu-lagu mereka banyak dimainkan di Suria FM. Jadi, pendengar setia Suria FM akan dapat menyaksikan kelainan penyanyi-penyanyi ini membuat persembahan daripada rumah mereka masing-masing.  

“Bertepatan dengan nama konsert Suria Nova Bersama Anda, walaupun berada di rumah dan tidak dapat bertemu dua mata dengan penyanyi-penyanyi popular ini, kami akan kekal bersama dan memberikan hiburan kepada peminat dan pendengar menerusi platform digital kami,”

– DJ Lin

Bagi Rosmin Bin Hashim, Pengarah Urusan Nova Music pula, kerjasama yang buat julung kali dianjurkan bersama Suria FM ini memberi ruang kepada artis-artis Nova untuk mempromosi lagu-lagu terbaru mereka dalam situasi pergerakan yang terkawal sekarang.

Peminat-peminat artis popular dan baru Nova Music juga boleh menikmati persembahan istimewa artis-artis kegemaran mereka dalam suasana yang  selesa dan selamat di rumah.

“Diharapkan pendengar setia dan peminat Suria dapat terus memberikan sokongan kepada Suria dengan mendengarkan Suria dan menonton program-program digital terbitan Suria di media sosial Suria Malaysia, Youtube Suria TV dan laman web Suria.my,”

– DJ Lin

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria www.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.

SURIA NOVA BERSAMA ANDA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Baru 2 Bulan Nikah, Emma Maembong Tunjuk True Color & Perangai Sebenar

Media Prima Lancar SETULUS IKHLAS Ajak Penonton Sambut Ramadan Secara Sederhana