in , ,

20 Selebriti Malaysia Kagum Dengan Ciri-Ciri Vlog Telefon Bimbit HONOR 50

Sekarang ini anda boleh melalui pengalaman ber-vlogging dengan ciri terbaik sebab HONOR 50 ada enam mod vlog dalam 108MP kamera!

HONOR 50 telah menjadi tajuk utama baru-baru ini, dengan orang ramai tertanya-tanya bagaimana vlog mampu ditingkatkan ke tahap yang menyeronokkan dan kreatif, pada masa sama membawa elemen mentah dalam personaliti pencipta kandungan. Seramai 20 selebriti Malaysia diberi peluang untuk menggunakan HONOR 50 dan mereka akan berkongsi keseronokan merakam vlog menerusi kembara vlogging mereka. 

#1 Vlog Sambutan Ulang Tahun

Pelakon Norman Hakim merakam momen sambutan ulang tahun perkahwinan yang ke-10 dengan menggunakan HONOR 50. Mod Dual-View dikatakan oleh Norman Hakim merupakan “Magic”, kerana ia boleh merakam dengan kamera depan dan kamera belakang 108MP pada masa yang sama.

Norman Hakim

“Kamu takan terlepas momen di kamera depan dan juga momen di belakang kamera.” Katanya. Segala momen-momen manis hari ulangtahun perkahwinan, aktiviti bersama keluarga direkod dalam kamera HONOR 50.

#2 Vlog Melucur Ais

Atlit bowling negara Syaidatul Afifah juga terjatuh cinta dengan HONOR 50 dan tidak sabar untuk merakam lebih banyak lagi video dengan menggunakan HONOR 50, “HONOR 50 sangat sesuai untuk vlogger dan ia berbeza dari telefon pintar lain yang saya pernah guna sebelum ini. Paling penting, HONOR 50 ringan dan sangat mudah untuk merakam video secara tersendiri.” katanya.

Syaidatul Afifah

#3 Vlog Keluarga

Pelakon Raf Yaakob mengambil kesempatan kehebatan kamera HONOR 50 mencuba rakaman Fast and Slow Motion pemandangan ibu kota pada waktu malam dari sebuah bangunan tinggi. Mod ini menjadikan rakaman video laju sehingga 4 kali ganda dan perlahan sehingga 0.5, pada masa sama menangkap rakaman bunyi.

Raf Yakoob

“Saya sangat menyukai HONOR 50 kerana boleh membuat pelbagai rakaman tanpa perlu membuat suntingan dan boleh terus memuat naik rakaman dengan mudah. HONOR 50 sangat sesuai dibeli untuk orang kesayangan yang suka merakam video dan mengambil gambar,” katanya. 

#5 Vlog Racangan Kejutan untuk Suami

HONOR 50 juga pilihan pelakon Ezzaty Abdullah kerana menawarkan banyak mod kamera menarik yang membolehkan dia merakam aktiviti seharian bersama suami dan anak-anak. “HONOR 50 memang terbaik untuk merakam vlog kerana mempunyai perkakasan dan perisian yang lebih canggih dan ini memberi pengalaman vlog lebih unik untuk saya.

Ezzaty Abdullah

Setiap momen bersama anak-anak dan suami adalah sangat berharga,” katanya. Menurut Ezzaty, kelebihan HONOR 50 membolehkan dia merakam momen yang tidak dijangka dalam pelbagai mod seperti Fast and Slow Motion selain tanpa perlu membuat suntingan.  

BM_6+128GB Now Available Nationwide

Fleksibiliti mod vlog HONOR 50 menjadikan vlog lebih mudah sekarang! Ia didatangkan dengan enam mod multi-video, termasuk Picture in Picture, Rakaman Fast and Slow Motion, Rakaman Dual-View dan Rakaman Depan ke Belakang, menjadikan rakaman vlog secara berterusan dan tidak perlu penyuntingan yang membosankan. Dengan kerjasama antara kamera ultra clear 108MP, kamera sudut lebar dan kamera depan HD 32MP, bukan sahaja vlogger profesional tetapi orang biasa kini boleh menghasilkan vlog yang berkualiti!

BM_8+256GB Now Available Nationwide

Telefon pintar vlogging terbaik HONOR Malaysia, HONOR 50 hadir dengan 2 warna pilihan, iaitu Midnight Black dan edisi terhad HONOR Code dengan 6GB RAM + 128GB berharga RM1,699, boleh didapati melalui pelbagai stor dalam talian sahaja.

Versi 8GB RAM + 256GB pula ditawarkan pada harga RM1,999 dan hadir dengan 3 pilihan warna Frost Crystal, Emerald Green dan Midnight Black, boleh didapati di pelbagai stor dalam talian dan stor Diiktiraf HONOR seluruh negara.

Peminat yang merancang untuk memiliki versi 8GB RAM + 256GB HONOR 50 akan menerima ganjaran bernilai sehingga RM300, sementara ganjaran bernilai sehingga RM120 menanti peminat yang membeli versi 6GB RAM + 128GB.

Tiba masanya untuk kunjungi  Stor HONOR atau Stor Diiktiraf HONOR di seluruh negara dan mulakan kembara vlogging anda pada hari ini!

Anda boleh mengikut video dan pengalaman selebriti dengan klik di pautan di bawah ini:

Norman Hakim

Azrel Ismail

Eyka Farhana

Raf Yakoob

Zoey Rahman

Ezzaty Abdullah

Syaidatul Afifah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Md Nasir Ibrahim ceo finas bapa anzalna

Bapa Anzalna, Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim Dilantik Jadi CEO Finas Gantikan Ahmad Idham

Mummy Jerung di Tik Tok, Sofia Marieylla Kini Mengganas Dalam ‘AKULAH JERUNG MERAH’