in , ,

Isteri-Isteri Hantar Spiderman, Kejutan Hari Jadi Ashraf Muslim

Dilabel sebagai ‘ikon poligami’ oleh netizen, Ashraf Muslim bertuah apabila kedua-dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi bersepakat membuat kejutan untuk ulang tahun hari kelahirannya.

ASHRAF MUSLIM

Lebih mengujakan apabila hadiah dihantar oleh adiwira ‘ Spiderman’ ketika sedang berada di kawasan pantai bersama-anaknya.

Berkongsi momen manis tersebut di laman sosial Instagram (IG)nya, Ashraf berkata dia tidak menyangka kedua-dua isterinya merancang kejutan tersebut.

ASHRAF MUSLIM

Ashraf turut menitipkan ucapan terima kasih buat Dayana dan Wan Sakinah kerana sentiasa bersamanya saat susah dan senang.

Pelakon Ada Apa Dengan Dosa itu turut mendoakan bidadari-bidadarinya itu diberikan syurga oleh Allah SWT.

“Terima kasih isteri-isteriku kerana sentiasa bersamaku dalam waktu susah dan senang. InsyaAllah syurgalah tempatmu wahai bidadari-bidadariku…Love both of you mama and ibu.

“Menjadi sungguh surprisenya…Malu kejap tengan-tengah pantai tu. Anyway thank you soo much!,” luahnya pada ruangan kapsyen.

Difahamkan, ketika menerima kejutan tersebut Asraf dan keluarga sedang bercuti di sebuah pantai peranginan dalam negara.

ASHRAF MUSLIM

Sementara itu di ruangan komen, pengikut IG Ashraf turut meninggalkan ucapan selamat hari lahir kepadanya disamping mendoakan pelakon tersebut bahagia disamping kedua-dua isteri tercinta.

Ashraf mendirikan rumah tangga bersama Noor Dayana Lokman, di Makkah pada 30 Ogos 2011, sebelum menikahi Wan Sakinah Ahmad Saburi, selaku isteri keduanya di selatan Thailand pada 7 Julai 2013.

Hasil perkongsian hidup dengan dua wanita itu, pelakon berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, Anas Ashraf dan Adam Ashraf.

*Sumber: Gempak & IG Ashraf Muslim

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zahirah MacWilson Menangis Dicium Aiman Saat Kongsi Video Detik Kehamilan

Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur Tawar Penginapan Menarik