in

Baki Zainal Naikkan Rating Step Forward Musim 6

STEP FORWARD Musim 6
…catat rating membanggakan!!

Rancangan 8TV, Step Forward yang baru kembali bersiaran untuk musim ke-6 telah menerima sambutan hangat dan rating penonton yang menonton rancangan ini kini melonjak naik ke tahap yang amat membanggakan. Penerimaan penonton terhadap program Step Forward musim terbaru ini adalah sesuatu diluar jangkaan.

4430541967 F9F13E37D3 O | 3

Step Forward musim terbaru bukan sahaja membawa anda ke penerokaan yang baru malah kami juga memperkenalkan anda hos baru iaitu Baki, yang berbangsa Melayu dan sangat fasih dan petah berbahasa Mandarin. Kejayaan beliau mengacarakan program berbahasa Cina ini telah berjaya menarik perhatian ramai penonton daripada pelbagai bangsa untuk menonton program ini sejak hari pertama ia bersiaran.

Hal ini terbukti apabila kami menerima respon yang memberangsangkan sejak episod pertama dan kedua disiarkan iaitu seramai 570,000ribu penonton telah direkodkan menonton kedua-dua episod tersebut, malah ratusan email dan komen dari peminat program ini membanjiri laman twitter, facebook, laman sesawang 8TV serta lain-lain sumber lagi. Antara komen mereka ialah:

1) Baki Zainal is the best host!!!Keep it up your good work!!!You’ve done a very good job!!!! – Luv you so much.”

2) Baki, u r special n cute one, continue with season 6, season 7” dan

3) “rancangan yg penuh informasi mesti semua org minat cite nih subtitle boleh bg sume og fhm n dpt informasi”.

Tambahan lagi, penonton bukan berbangsa Cina yang menonton program ini juga mencatatkan peningkatan yang luar biasa.

Baki amat berpengalaman dalam mengendalikan banyak program televisyen, bakat semulajadi yang dimilikinya membuatkan ramai penonton terhibur apabila melihat keletahnya. Selain berseronok menikmati keindahan Malaysia, beliau mengaku bahawa kadangkala tugasnya ini sukar dan mencabar.

“Melalui program ini saya telah banyak meneroka seluruh pelusuk Malaysia dan saya sedar banyak perkara yang saya tidak tahu sebelum ini. Kita sangat bertuah kerana negara kita dipenuhi dangan tarikan tersendiri penduduknya, keunikan adapt resam dan juga kelazatan makanannya. Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ialah semasa pengambaran untuk episod pertama di tempat penternakan mutiara, dimana saya dapat meluangkan masa beberapa hari di perairan Sabah yang sangat cantik sekali. Saya tidak pernah tahu bahawa negara kita menghasilkan antara mutiara yang terbaik di dunia.- mutiara oriental dan juga mengagumi dengan cara mereka memantau pulau itu untuk ternakan mutiara dan bagi pencinta alam seperti saya, ianya amat bagus sekali,” kata Baki.

Tambah Baki, “Saya juga mempunyai beberapa pengalaman yang menakutkan semasa pengambaran. Antaranya, semasa kami merakamkan pengambaran di Gua Batu Balos, dan terdapat kawasan perkuburan purba di dalam gua tersebut. Untuk pergi ke kawasan itu, kami perlu mendaki menggunakan tangga kayu yang berusia sudah berkurun lamanya. Sementara itu, ketua perjalanan kami ke sana mengingatkan kami supaya berhati-hati semasa mendaki kerana apabila anda terjatuh ke bawah, mereka akan meninggalkan tempat tersebut dan membiarkan anda mati, kerana ini adalah adat mereka.

4430543351 E0680Fac51 | 4

Dalam fikiran saya, mungkin dia hanya bergurau,sejurus itu dia mengatakan bahawa apabila turun ke bawah nanti dia akan menunjukkan 2 kubur orang yang telah mati kerana jatuh di situ. Sungguh menyeramkan bukan? Namun, saya bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.”
Sekiranya anda belum mengikuti lagi rancangan ini, Step Forward merupakan sebuah program dokumentari pengembaraan yang akan membawa penonton menerokai cerita, sejarah, adat resam pelbagai budaya, pengalaman menyediakan makanan dengan cara yang unik, kepelbagaian tradisi, keindahan hutan hijau tropika, dan kami identifikasikan sebagai bumi Malaysia. Selain mempunyai hos yang sentiasa bersemangat dan menghiburkan, Baki, anda juga akan ditemani dengan hos jemputan pada setiap minggu. Program dokumentari Mandarin ini akan disertakan dengan sarikata berbahasa Melayu yang akan bersiaran sebanyak 15 episod kesemuanya.

“Kami amat berbesar hati dengan rating Step Forward yang semakin melonjak naik. Malaysia adalah sebuah negara yang amat indah untuk diterokai, disampaikan pula oleh hos yang berbakat besar. Baki menjadikan rancangan ini diminati ramai. Pada musim ini, kami menjanjikan bahawa penonton akan lebih terhibur dan mendapat banyak input yang berguna,” Kata Pengurus Besar 8TV, Cik Lam Swee Kim.

Jangan lupa untuk menonton Step Forward Musim 6, setiap Ahad jam 9.30malam – 10.00malam hanya di stesen hip 8TV. Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran Astro708.

Kini, anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda menerusi telefon bimbit di mobile.8tv.com.my. Selamat mononton!

HOST PROFILE
NAME : Zahamin Baki Bin Zainal (Baki Zainal)
AGE : 28
D.O.B : 16th May 1981
STATUS : Single
WEIGHT : 65kg
HEIGHT : 170cm
RACE : Malay

Television Hosting
Currently TV Host (English, Mandarin, B.Melayu)
Celebrity Chat (8TV) & Step Forward season 6 (8TV)
www.8tv.com.my/celebritychat
Media Prima Berhad

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Heaven Sword And Dragon Sabre

Konsert Wali Cari Jodoh di Johor Bahru