in , ,

Lebih Sebulan Dikuarantin, Heliza & Hazwani Helmi Dedah Positif Covid-19

Selepas hampir dua bulan dijangkiti Covid-19, hari ini barulah penyanyi dan juga aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi dan adiknya Hazwani Helmi diberi kesempatan untuk mengesahkan mereka merupakan bekas pesakit Covid-19.

Hal ini dikongsikan Heliza di akaun Instagramnya dengan memaklumkan sebenarnya mereka telah dijangkiti wabak tersebut pada November 2020 dan dibenarkan pulang ke rumah pada 1 Januari 2021.

Susulan daripada itu, dia telah berkongsi perjalanan mereka dari dijemput menaiki ambulans ke Hospital Sungai Buloh sehingga dibenarkan discaj kerana telah sembuh.

Menurutnya, wabak ini adalah satu penyakit yang tidak pernah mereka rasai sebelum ini. Sepanjang positif Covid-19 Heliza memaklumkan dirinya berasa seperti melayang dan mahu membangunkan diri juga tidak berdaya.

Walau bagaimanapun, dia dan adiknya tetap tidak mahu putus semangat dan paling membanggakan adiknya, Hazwani tetap mengikuti kelas secara online.

Semasa sedang dirawat, aktivis tersebut memaklumkan betapa hebatnya barisan frontliners yang bertungkus-lumus setiap masa kerana ambulans yang membawa pesakit baru sentiasa ada tak kita waktu.

Sehubungan dengan perkongsian semasa menjadi pesakit Covid-19 itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Instagram Heliza dengan mendoakan agar penyanyi dan adiknya diberikan kesembuhan.

Mereka juga berharap supaya Heliza dapat berkongsi pengalaman sepanjang dikuarantin sebagai salah satu bentuk kesedaran terhadapan wabak yang sedang menular di seluruh dunia ketika ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bahiyya Haneesa Suntik Nafas Baharu Istimewa Dalam PELUANG KEDUA

Isu Curang Dengan Izin Allah, Menteri Agama Mohon Pejabat Mufti Teliti Isu Andika Putera