in , ,

Kenali Baelon, Dari Penari Plus Size di Tiktok Kini Jadi Penyanyi, Lancar Single Debut ‘GEDIK’

Sempena dengan pelancaran single debut nyanyian Baelon berjudul GEDIK pada hari Jumaat lalu, Budiey ada menemubual dan borak-borak dengan TikToker yang kini bergelar penyanyi di bawah label rakaman Sony Music Malaysia ini.

Kepada yang belum mengenali Baelon, beliau merupakan seorang penari yang memulakan langkah kariernya di platform TikTok. Percaya kepada rezeki, beliau telah dilamar oleh label rakaman Sony Music Malaysia untuk menceburi bidang nyanyian dengan melancarkan debut single berjudul GEDIK yang berdurasi 1 minit.

Nah! Tonton video temubual Budiey bersama Baelon dalam program podcast BORAK SINI HABIS SINI:

Antara yang menarik, kami berkongsi pendapat tentang bagaimana untuk menjana pendapatan melalui aplikasi TikTok dan tips untuk menjadikan video kita itu muncul di FYP. Anda boleh mendengar dan layan single debut dari Baelon berjudul GEDIK di semua platform. Tonton video podcast penuh sudah pun disiarkan di Budiey Channel di Youtube Budiey Channel. SUBSCRIBE gais! 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ramai Simpati dengan Zizan Razak, Asyik Jadi ‘Penjaga Jodoh’ Orang

Iqiyi & Primeworks Studios Umum Tontonan Awal Drama Eksklusif Berjudul SHAH ALAM 40000