in , , ,

Iqiyi & Primeworks Studios Umum Tontonan Awal Drama Eksklusif Berjudul SHAH ALAM 40000

Tonton Drama SHAH ALAM 40000 Yang Dibintangi Anna Jobling, Rita Rudaini dan Umie Aida Eksklusif Hanya Di Iqiyi, Setiap Hari 12 Tengahari Bermula 29 Mac

Peminat drama tempatan kini boleh menarik nafas lega apabila peneraju khidmat penstriman terbesar, iQiyi International, dan produksi serta pengedar kandungan tempatan terulung, Primeworks Studios, mengumumkan tayangan perdana drama bersiri Shah Alam 40000, yang ditayangkan secara eksklusif di platform iQiyi pada setiap hari bermula 29 Mac 2021. Drama ini juga akan disiarkan di TV3 tidak lama lagi.

Drama bersiri berdurasi 60 minit dan mengandungi 28 episod ini dibintangi Anna Jobling, Rita Rudaini dan Umie Aida adalah cerita rekaan semata-mata. Ia menceritakan tentang situasi kejiranan golongan atasan di Shah Alam yang didiami oleh tiga wanita terkemuka iaitu Datin Sri Azlina, Datin Rose dan Tengku Shafinaz Mckenzie. Masing-masing menyimpan rahsia tersendiri sehinggalah ia terbongkar dan menyebabkan berlakunya insiden yang tidak diingini. Adakah persahabatan mereka semakin akrab atau sebaliknya?

Shah_Alam_40k_MAIN_POSTER

“Kami sangat gembira kerana usaha sama dengan iQiyi meneruskan tradisi kami dalam mengembangkan dan berkongsi program terbaik seperti ‘Shah Alam 40000’ sekaligus meluaskan kadar pengguna premium bukan sahaja di Malaysia. Pelakon yang hebat, drama yang berkualiti ditambah pula dengan gabungan misteri dan suspen ini, kami pasti dapat menarik peminat di mana sahaja mereka berada,” kata Nini Yusof, Ketua Pegawai Kandungan, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios. 

“Kami teruja dengan pelancaran ‘Shah Alam 40000’, tajuk pertama yang akan muncul setelah beberapa tahun bekerjasama dengan Primeworks Studios. Tajuk drama unik ini dan pertama kali kami lancarkan eksklusif “tontonan awal” istimewa bersama Primeworks Studios, di mana membolehkan penonton digital dapat mengakses drama ini sebelum disiarkan di TV,” jelas   Dinesh Ratnam, Pengurus Negara iQiyi di Malaysia, Singapura dan Brunei. 

Jangan lupa untuk menonton gelagat tiga wanita hebat ini menempuhi dugaan dan cabaran dalam drama bersiri Shah Alam 40000, yang disiarkan setiap hari bermula 29 Mac 2021 hingga 30 April 2021 pada 12:00 tengahari menerusi www.iQ.com/local atau memuat turun aplikasi iQiyi di App Store dan Play Store atau melalui http://bit.ly/iQIYI. Drama ini diberikan secara percuma dan pelanggan VIP iQiyi dapat menikmati tontonan 6 episod lebih awal. 

SOLO3
SOLO1
SOLO2

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kenali Baelon, Dari Penari Plus Size di Tiktok Kini Jadi Penyanyi, Lancar Single Debut ‘GEDIK’

“Himaya Dokong Usaha Kerajaan Basmi Covid-19,” – Erra Fazira