in ,

Bael0n Suntik Inspirasi & Semangat Untuk Golongan Plus Size Jadi Lebih Yakin

Penyanyi dan peserta All Together Now Malaysia (ATNMY) minggu kedua, Bael0n mahu menjadikan program itu sebagai platform memperkenalkan lagi dirinya dalam industri hiburan.

Pemilik nama sebenar Nabil Izwan Norsaiful ‘Adlan ini berkata, dia juga mahu membuka jalan agar golongan ‘plus size’ sepertinya membina keyakinan diri.

“Sejujurnya, saya menyertai ATNMY adalah untuk orang terima saya seadanya dan juga untuk mencipta nama dalam industri.

“Saya mahu mewarnai dan memeriahkan lagi industri muzik Malaysia supaya orang plus size macam saya akan lebih mendapat tempat, agar mereka dapat bina keyakinan diri,”

– Bael0n
Baelon

Kata Bael0n yang terlibat dalam bidang tarian sebelum ini, dia akan terus menari dan menyanyi, tanpa melebihkan salah satu daripadanya.

“Saya bukanlah seorang penari tapi saya suka menari, untuk bidang nyanyian, Alhamdulillah saya sekarang sudah bergelar penyanyi.

“Saya tak akan lebihkan mana-mana, saya akan menyanyi dan menari, dua-dua sekali memang tak boleh tinggal,”

– Bael0n

Akui dirinya yang masih baru memasuki industri hiburan, Bael0n percaya setiap penyanyi mempunyai gaya tersendiri. Justeru, dia akan berusaha mencipta identiti agar diminati ramai.

“Sebagai pendatang baru, memanglah mencabar untuk saya, tapi setiap penyanyi ada genre dan gaya tersendiri, dari situlah saya boleh hasilkan identiti sendiri agar orang menyokong saya.

“Saya rasa saya seorang penghibur yang mampu memukau penonton dengan aura saya, saya juga ada kemahiran menari, semoga orang boleh menerima saya seadanya,”

Bael0n
Baelon Ingin Lagu Rindu Menjadi Karya Pengubat Rindu Buat Orang Ramai

Terdahulu, Bael0n yang bernaung di bawah label Sony Music Entertainment Malaysia pernah tampil dengan single Gedik dan nyanyian semula lagu Amelina berjudul Rindu.

Februari tahun lalu, Bael0n juga pernah tampil menari di pentas persembahan Wani Kayrie & Delitz bersama Afieq Syazwan di konsert akhir program tersebut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Caprice | 21

Caprice Akui Bisnes Merudum, Produk Tidak Terjual Sehingga Kerugian RM900,000

Eskayvie | 22

Eskayvie Lancar Kempen KITA IKHTIAR, Tingkat Sistem Imun Badan dengan Eskayvie Diffenz