in , ,

Mahu Pendengar Rasa Gembira, Baelon Tampil Dengan Single FREKUENSI

Penyanyi lelaki, Bael0n kini tampil dengan lagu terbaru berjudul ‘Frekuensi’ yang ternyata mempunyai keunikan tersendiri.

Menurut Bael0n atau nama penuhnya Nabil Izwan Norsaiful ‘Adlan, 26, dia mengambil langkah berani untuk keluar dari zon selesa dan mencuba pembaharuan dari segi nyanyian dalam buah tangan terbarunya itu.

“Keistimewaan lagu saya kali ini adalah menggabungkan vokal, rap dan elemen ‘dance break’ juga diselitkan. Ia berbeza dengan lagu-lagu yang pernah saya lancarkan sebelum ini. Genre lagu ini adalah pop dan bersifat ringan, senang untuk didengari serta dihayati pendengar.

“Saya tidak mahu berada dalam tampuk yang sama, justeru saya mencabar diri untuk lakukan perkara baru. Sebab itulah saya beranikan diri untuk rap dalam lagu ‘Frekuensi’ ini. Sebagai seorang penyanyi, saya sedar kita perlu sesuaikan diri dengan perubahan serta berusaha sebaiknya untuk memenuhi citarasa pendengar.

“Saya mahu para pendengar hayati lantunan vokal dan elemen rap yang ditonjolkan kerana itulah keunikan ‘Frekuensi’. Selain itu, lagu ini menjanjikan rasa gembira dan pengalaman yang menarik ketika mendengarnya. Kalau sedang stress, orang ramai boleh dengarkan ‘Frekuensi’ untuk hilangkan rasa sedih atau tekanan yang dialami, umpama dapat ‘vitamin’ daripadanya,” katanya.

Mengenai proses rakaman, Bael0n mengatakan dia tidak mengambil masa yang lama untuk menyempurnakan lagu ‘Frekuensi’ kerana persediaan awal telahpun dibuat sebaiknya.

“Antara perkara lain yang menarik tentang lagu ini, ia tidak mengambil masa yang lama untuk dihasilkan. Proses rakaman lagu ini agak singkat kerana draf sudah dibuat awal menerusi demo, jadi ketika rakaman akhir, semuanya berjalan lancar mengikut apa yang telah dirancang. Ia umpama satu petanda baik daripada Tuhan, saya sangat bersyukur.

“Meskipun tidak mengambil masa lama, sudah tentu tidak boleh lari daripada cabaran kerana ketika proses rakaman, saya sedang alami masalah vokal disebabkan kurang sihat. Namun begitu, saya lakukan yang terbaik dan Alhamdulillah, lagu ini berjaya juga disiapkan,” jelasnya.

Sebagai penyanyi muda dalam industri hiburan, Bael0n yakin setiap orang ada garis masa masing-masing dan dia akan sentiasa berusaha untuk menguatkan lagi Namanya dama industri tanah air.

“Saya percaya, setiap anak seni memerlukan masa tersendiri untuk mencapai impian. Lagipun, kita akan diberi rezeki oleh-Nya mengikut apa yang tertulis untuk kita. Jadi, saya tidak terlalu risau tentang persaingan dengan artis-artis lain dalam industri hiburan negara kita.

“Pada masa sama, saya menjadikan artis-artis yang telah berjaya sebagai contoh dan inspirasi kejayaan untuk saya. Kalau mereka boleh capai kejayaan, kenapa bukan saya.

“Saya tahu saya memiliki keunikan tersendiri, diikuti genre lagu saya yang boleh menjadi kekuatan. Sementara usia masih muda, saya juga perlu memanfaatkan peluang untuk belajar banyak lagi perkara baru pada masa akan datang agar saya boleh mengukuhkan lagi nama dalam dunia hiburan,” katanya lagi.

Akhir kata, Bael0n tentunya berharap agar lagu ‘Frekuensi’ diterima baik oleh para pencinta muzik di Malaysia. Dia juga menyifatkan lagu terbaru itu sebagai satu ‘bayaran’ kepada lagunya ‘Di Sini’ sebelum ini yang hanya berdurasi satu minit.

“Saya harap lagu Frekuensi ini diterima ramai, lagu ini juga istimewa buat mereka yang pernah mendengarkan lagu-lagu saya sebelum ini. Lagu ini adalah hadiah untuk penyokong saya yang mendengar lagu ‘Di Sini’ sebelum ini. Walaupun ‘Frekuensi’ agak berbeza dengan lagu-lagu yang biasa orang dengar, tetapi saya harap ia mampu menjadi kekuatan yang tersendiri. Ianya istimewa di hati saya, semoga perkara sama dirasai para pencita muzik di luar sana.

“Semoga orang ramai menggunakan lagu ini sebagai trend dalam menghasilkan konten di media sosial dan sebagainya. Jangan lupa masukkan lagu ini di media sosial dan sebarkan kepada rakan-rakan.

“Apapun, interpretasi lagu ini adalah luas, orang ramai boleh ekspresikan penceritaannya dengan kisah cinta, orang yang kita sayang dan percaya, bakal suami atau isteri dan pelbagai lagi,” katanya menutup bicara.

Lagu ‘Frekuensi’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

Mahu Pendengar Rasa Gembira, Baelon Tampil Dengan Single Terbaru Berjudul Frekuensi

Dengarkan Lagu ‘Frekuensi’ Sekarang: https://bael0n.lnk.to/Frksi 

Lirik Video ‘Frekuensi’: https://www.youtube.com/watch?v=hhBYJ34tUrw 

Kredit

Artis: Bael0n

Tajuk: Frekuensi

Produser: Peejthebaes studio 

Komposer: Bael0n

Penulis Lirik: Bael0n

BaelON Ingin Lagu RINDU Menjadi Karya Pengubat Rindu Buat Orang Ramai

MENGENAI BAEL0N

Pemilik nama lengkap Nabil Izwan Norsaiful ‘Adlan atau lebih dikenali sebagai Bael0n kini berusia 26 tahun. 

Sebelum tampil dengan single Frekuensi ini, Bael0n telah mempertaruhkan beberapa single seperti Di Sini dan Ngamsoi.

Anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor ini pernah menyertai pertangingan All Together Now Malaysia pada musim pertama. Pada masa lapang, Bael0n suka meluangkan masa dengan menyanyi, menari untuk TikTok dan pergi mencuba pelbagai cafe (cafe hunting).

Anak bongsu daripada lima adik beradik ini berperwatakan ceria dan mesra bersama orang di sekelilinganya. Bael0n juga aktif berkongsi perkembangan dan aktiviti di setiap platform media soosial miliknya.

Malah baru-baru ini, Bael0n juga berkongsi beberapa foto dan video dia memperagakan pakaian koleksi jenama Bulan Bintang di acara Malam Bulan Bintang bertempat di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SYAMSUL YUSOF

“Saya Tak Pernah Walau Sekali Pukul Dia” – Syamsul Yusof

NYNAA HARIZAL

Nynaa Harizal Teroka Bisnes Kosmetik, Lancar Produk Lip Booster Jenama HER BEAUTY