in , ,

BaelON Ingin Lagu RINDU Menjadi Karya Pengubat Rindu Buat Orang Ramai

Selebriti TikTok dan penyanyi, Bael0n mungkin masih terlalu muda untuk mengenali lagu ‘Rindu’ nyanyian Ratu Dangdut Malaysia, Amelina, namun hakikatnya lagu itu tidak asing buatnya.

Baelon tampil membuat nafas baharu kepada lagu ‘Rindu’ dengan versi tersendiri yang lebih hangat. Lagu RINDU nyanyian Amelina menjadi antara lagu dangdut paling mencipta fenomena, ternyata impaknya masih kukuh sehingga ke era generasi millennial. Daripada zaman frekuensi radio ke platform digital sekarang, lagu itu tetap jadi pilihan pendengar. 

Menurutnya, dia sangat yakin pertaruhan itu cukup tepat untuknya memberi angin baharu kepada pendengar menerusi gabungan dangdut dan rap. 

“Lagu ‘Rindu’ oleh Amelina adalah lagu yang malar segar dan saya mendengarnya di TV sejak kecil lagi. Saya rasa jikalau lagu ini diberi nafas baharu pastinya mampu memberikan impak dalam industri muzik tanah air,”

– Bael0n

Tidak Mengubah Lagu Asal Amelina

Menariknya, Bael0n yang sebelum ini merakam single pertama GEDIK memutuskan untuk tidak mengubah drastik melodi asal dangdut dalam ‘Rindu’. Cumanya, dia membuat keputusan berani untuk menonjolkan kemampuan menyanyi rap serta menulis sendiri liriknya. 

BaelON Ingin Lagu RINDU Menjadi Karya Pengubat Rindu Buat Orang Ramai

Semakin jatuh cinta terhadap genre muzik itu, Bael0n sentiasa memperbaiki penulisan serta kemahiran rapnya dari semasa ke semasa. Paling penting, semestinya mempraktikkan ia dalam setiap lagu nyanyiannya. 

“Sejujurnya saya bukan nak menjadi ‘rapper segera’, tapi saya ingin belajar menjadi seorang penghibur yang mampu membawakan pelbagai genre. Dalam pada masa yang sama, saya juga masih belajar untuk menulis lirik.

“Untuk lagu ‘Rindu’ ini, lirik sepenuhnya daripada saya dan menulisnya dengan menggunakan perkataan yang mesra kita dengar. Insyallah, saya akan terus memperbaiki penulisan lirik saya pada masa yang akan datang,”

– Bael0n
BaelON Ingin Lagu RINDU Menjadi Karya Pengubat Rindu Buat Orang Ramai

Cabaran Semasa Pembikinan Lagu

Sebagaimana pendatang baharu seni suara yang lain, Bael0n tidak menyangkal dia juga masih bergelut dengan cetusan idea untuk berkarya. Apalagi lagu berdurasi pendek yang perlukan transisi pantas untuk menarik perhatian pendengar. 

“Bagi saya, bahagian paling mencabar sebagai seorang penulis adalah ketika hendak mencari ilham.

Tetapi, untuk lagu yang berdurasi satu minit ini, saya menggunakan perkataan rindu daripada lagu Amelina subjek utama dalam penceritaan lagu saya. 

“Sebenarnya proses pembikinan dan rakaman tidak memakan masa yang lama pun. Cuma pada bahagian komposer saja mengambil sedikit masa kerana proses penghasilannya bukan mudah sebagaimana dialami pengkarya muzik lain,”

– Bael0n

Bukan Sekadar Hiburan Tetapi…

Apapun, Bael0n tidak hanya mahu menjadikan lagu ini sekadar hiburan semata-mata. Besar impiannya agar pendengar akan dapat merasa getar lagu ini dan dijadikan pengubat rindu terhadap perasaan mereka. 

“Secara peribadi, lagu ‘Rindu’ ini boleh dikait rapat dengan situasi yang berlaku sekarang. Seperti yang kita semua tahu, kita sedang mengalami pandemik yang mana kita diwajibkan untuk duduk di rumah. 

“Semestinya, perasaan rindu keluar rumah, rindu jalani kehidupan normal, rindu jumpa kawan-kawan dan keluarga, atau lepak mamak tanpa memerlukan pelitup muka semakin membuak- buak. 

“Oleh demikian, lagu Rindu ini boleh digunakan sebagai sebuah ungkapan perasaan rindu buat orang tersayang atau pasangan yang bercinta jarak jauh. Dan mungkin pengguna TikTok juga boleh gunakan Rindu untuk membuat sebuah ‘challenge’ baharu?

– Bael0n
BaelON Ingin Lagu RINDU Menjadi Karya Pengubat Rindu Buat Orang Ramai

Mahu Berkongsi Rasa Cinta

Meskipun memiliki lebih 50,000 pengikut di Tik Tok dan pernah ditampilkan dalam kempen It Starts on Tik Tok, Bael0n bagaimanapun tidak pernah menganggap dirinya selebriti Tik Tok. Baginya, dia cuma mahu berkongsi rasa cinta mendalam dalam bidang tarian, cipta koreografi, serta nyanyian. 

“Saya cuma pengguna Tik Tok yang suka berkarya dan cuba benda baharu untuk kekal relevan serta diterima masyarakat. Saya berharap orang dapat menerima karya-karya akan datang dengan baik. Saya berazam mahu terus hiburkan masyarakat kala mereka tengah bosan dan sedih. Saya nak orang gembira, cukup,”

– Bael0n

Sekitar awal tahun ini, Bael0n sudah pernah tampil dengan lagu ‘Cek Mek Molek’, juga nafas baharu buat lagu nyanyian asal Datuk M Daud Kilau. 

‘Rindu’ boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas Bapa, Ibu Irwansyah Meninggal Dunia Akibat Dijangkiti Covid-19

Tonton Mobile Legends: Bang Bang Professional League & Dapatkan Tawaran dari KFC