in ,

Selepas Bapa, Ibu Irwansyah Meninggal Dunia Akibat Dijangkiti Covid-19

Belum hilang duka dan kesedihan kehilangan ayah, Umar Efendi akibat COVID-19 pada 8 Julai lalu, hari ini, pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Irwansyah terpaksa melepaskan ibunya pula, Herlianah.

JAKARTA: Ibu pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Irwansyah, Herlianah menghembuskan nafas terakhir hari ini setelah sekian lama dijangkiti wabak Covid-19.

Khabar duka tersebut disampaikan isteri pelakon Love Is Cinta itu, Zaskia Sungkar menerusi Instastorynya.

“Kumpul di Syurga Insya-Allah ya Ma. Allahummagfir laha warham ha wa’aafi ha wa’fu anha,” tulisnya.

Selepas Bapa, Ibu Irwansyah Meninggal Dunia Akibat Dijangkiti Covid-19

Dalam pada itu, Irwansyah menerusi saluran Youtube The Sungkars Family memberitahu Herlianah yang sebelum ini koma sempat sedarkan diri ketika diperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran.

“Ketika diperdengarkan bacaan murattal, tiba-tiba mama bangun membuka matanya. Mama memberi isyarat mengatakan yang dia masih hidup,” katanya.

Selepas Bapa, Ibu Irwansyah Meninggal Dunia Akibat Dijangkiti Covid-19

Pemergian ibu tersayang menambah duka pelakon kacak ini yang juga kehilangan ayahnya, Umar Effendi pada lapan Julai yang lalu akibat jangkitan Covid-19.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lonjakan Kes COVID-19 Di Malaysia Antara Yang Terburuk Di Dunia

BaelON Ingin Lagu RINDU Menjadi Karya Pengubat Rindu Buat Orang Ramai