in ,

Eskayvie Lancar Kempen KITA IKHTIAR, Tingkat Sistem Imun Badan dengan Eskayvie Diffenz

Jenama produk kesihatan ternama, Eskayvie telah melancarkan Kempen KITA IKHTIAR, di mana kempen ini menerapkan kepada masyarakat untuk meningkatkan sistem imun badan dengan produk Eskayvie Diffenz.

Pelbagai langkah dilakukan bagi menangani COVID-19 secara menyeluruh termasuk mengamalkan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka bagi mengurangkan penularannya di kalangan semua individu termasuk kanak-kanak. 

Justeru penjagaan kesihatan paru-paru dan sistem imun yang baik perlu diambil berat bagi melindungi diri seterusnya mengelakkan komplikasi kesihatan yang lebih teruk.

Eskayvie Lancar Kempen KITA IKHTIAR, Tingkat Sistem Imun Badan

Bina Sistem Pertahanan Badan Dengan Eskayvie Diffenz

Eskayvie Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh Bumiputera melancarkan kempen Eskayvie Kita Ikhtiar dalam usaha membiasakan norma baharu, menyokong kesedaran terhadap penjagaan diri yang baik, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan penjagaan kesihatan paru-paru.

Malah syarikat berkenaan yang giat melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) turut memperkenalkan produk suplemen 4 dalam 1 dipanggil Eskayvie Diffenz sejak awal tahun ini.

Ia diusahakan melalui kajian sains terkini dan formulasi terperinci oleh Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri, graduan Vrije Universiteit Brussels, Belgium dalam bidang perubatan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie optimis dengan khasiat produk berkenaan.

“Tablet berperisa blackcurrant ini dihasilkan dengan gabungan empat bahan utama iaitu Cendawan Susu Harimau, buah Camu-camu, vitamin C dan vitamin D. Ia sangat mudah diambil dan menerima sambutan sangat menggalakkan daripada pengguna.

“Rasanya yang masam manis dan enak amat disukai golongan dewasa dan kanak-kanak daripada usia seawal lima tahun.

“Lebih 500,000 unit terjual dan ramai  mendapat manfaat serta khasiat terbaik sepanjang mengamalkan produk ini terutamanya bagi mereka yang ingin meningkatkan penjagaan kesihatan paru-paru dan sistem imun badan,”

– Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri
Eskayvie Lancar Kempen KITA IKHTIAR, Tingkat Sistem Imun Badan

Tambah Dr Syid Ayob, Cendawan Susu Harimau atau nama saintifiknya Lignosus rhinocerus diiktiraf sebagai harta karun negara kerana ia sangat bernilai dan amat sukar didapati.

“Kajian terhadap kebaikan dan manfaat Cendawan Susu Harimau yang hampir pupus ini mula giat dijalankan pada tahun 2002. Ia bukan sahaja membantu menyokong kesihatan paru-paru malah turut mengandungi manfaat lain.

“Termasuk menguatkan sistem pertahanan badan, kaya dengan antioksidan dan membantu mengurangkan keradangan dalam badan.

“Malah mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga seorang doktor perubatan turut memanfaatkan nutrisi daripada cendawan berkenaan yang  membantu mengatasi masalah batuk yang dialami,”

– Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri

Produk keluaran Eskayvie diiktiraf halal oleh  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selain mendapat kelulusan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia

Malah pernah menerima Anugerah Superbrand. Ini menjadikan Eskayvie Diffenz sebagai produk pilihan rakyat Malaysia yang menyokong matlamat penjagaan kesihatan masa kini.

Layari www.eskayvie.com atau www.diffenz.com untuk info lanjut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bael0n Suntik Inspirasi & Semangat Untuk Golongan Plus Size Jadi Lebih Yakin

Adam Corrie Terima Banyak Ugutan Sepanjang Islamkan 20 Saudara Baharu