in ,

Azwan Ali Enggan Lagi Sentuh Isu Sensitif, Tetapkan Syarat ‘Posting’ Instagram

Baru-baru ini, selebriti sensasi Azwan Hj Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA memaklumkan bahawa akaun Instagram nya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kesan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu,dia tidak boleh mendaftar masuk kembali sehingga menyebabkan dia terpaksa mewujudkan akaun Instagram yang baru. Seperti yang diketahui ramai, Diva AA terkenal dengan sikapnya yang lantang bersuara mengenai pelbagai isu termasuklah kontroversi yang melibatkan selebriti di Malaysia.

Bagaimanapun, menurut Diva AA selepas ini dia enggan lagi menyentuh isu sensitif di Instagram barunya itu. Malah serentak dengan itu juga, dia telah menetapkan beberapa syarat hantaran di platform media sosial tersebut termasuklah hanya akan berkongsi gambarnya bersama selebriti terpilih pada waktu tertentu.

Azwan Ali

Dalam perkembangan berkaitan, di laman Twitter pengacara Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) ini masih ‘aktif’ menegur selebriti dan orang kenamaan yang mencetuskan pelbagai isu.

Terdahulu, gara-gara teguran Diva AA segelintir netizen bersetuju sekiranya dia diberi peluang menyertai politik negara dan dicalonkan sebagai salah seorang menteri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nourul Depp | 18

Terkilan Pasal Belum Bertudung, Nourul Depp Jawab Dakwaan Mahu Berhijrah & Tukar Kerakyatan

Haqiem Rusli | 19

Demi Keluarga, Haqiem Rusli Sanggup Tutup Restoran & Tanggung Kerugian