in ,

Demi Keluarga, Haqiem Rusli Sanggup Tutup Restoran & Tanggung Kerugian

Meskipun terpaksa menanggung kerugian, penyanyi Haqiem Rusli terpaksa menutup restoran miliknya, SanThai Village yang terletak di Setapak untuk sementara waktu.

Haqiem mengakui dia terpaksa mengambil keputusan itu demi menjaga keselamatan dan nyawa pekerja serta ahli keluarganya.

Katanya kepada Harian Metro, penutupan restorannya bukan buat selamanya tetapi buat sementara waktu ketika lockdown dilaksanakan di seluruh negara.

Haqiem Rusli

“Walaupun terpaksa menanggung kerugian apabila kedai tidak beroperasi, tapi demi keselamatan dan nyawa pekerja serta ahli keluarga saya percaya ini adalah langkah terbaik.

“Lagipun saya tidak mahu ahli keluarga saya keluar rumah untuk bekerja. Kami sekeluarga memang duduk rumah saja sekarang kerana keadaan Covid-19 amat membimbangkan.

“Apabila sudah reda nanti, barulah kami kembali beroperasi. Soal nasib pekerja, kami akan cuba cari jalan untuk membantu mereka dalam waktu sukar ini,” katanya kepada Harian Metro.

Haqiem bagaimanapun berkata, selama tempoh lockdown berlangsung 14 hari, dia hanya menggunakan wang simpanan untuk menampung kehidupannya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Azwan Ali Enggan Lagi Sentuh Isu Sensitif, Tetapkan Syarat ‘Posting’ Instagram

Zul Yahya Saran Pesakit Covid-19 Muslim Dikuarantin di Masjid