in ,

Azhan Rani Berjaya Takluki Everest Base Camp

Selain EBC, Azhan yang popular dengan watak Ustaz Syed Hamadi dalam drama Nur dan Nur 2 di TV3 turut berjaya menawan puncak Gunung Kala Patthar setinggi 5,550 m dari aras laut.

Azhan berkata, kejayaan peribadi yang diciptanya dalam ekspedisi pendakian itu sangat bermakna kerana dilakukan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-62 pada 31 Ogos lalu dan Hari Malaysia pada 16 September ini.

“Alhamdulillah, selepas melalui pelbagai cabaran akhirnya terlaksana juga hasrat saya mahu menawan Everest Base Camp (EBC) seperti diimpikan,” kata pelakon berkaliber, Azhan Rani.

“Syukur kepada Allah SWT dan terima kasih di atas doa yang dititipkan seluruh rakyat Malaysia kepada saya serta semua pendaki lain terbabit dalam ekspedisi ini.

“Begitu juga dengan kata-kata semangat daripada keluarga dan sahabat yang banyak membantu saya sekali gus dapat melakukannya di atas izin Allah,”

– Azhan Rani

Ekspedisi pendakian anjuran Summit Attack Resources (SAR) itu memberi peluang pendaki menggalas cabaran mengibar Jalur Gemilang gergasi setinggi enam meter dan 12 meter lebar serta seberat 11 kilogram di EBC.

Terdahulu, sebelum ini pada 4 September lalu Azhan yang memuat naik beberapa fotonya membawa petai ketika menyertai ekspedisi itu tular di media sosial.

Perkongsian dua fotonya bersama ulam yang popular di tanah air itu menerima pelbagai reaksi positif dan melucukan daripada pengikutnya di Instagram (IG).

Malah, melalui kapsyen ringkas ditulis Azhan, ‘takkan Melayu hilang di dunia’ berjaya membuatkan kebanyakan warganet meluahkan perasaan teruja dan kagum dengan tindakannya.

Bagi melaksanakan ekspedisi pendakian cukup bermakna dalam hidupnya itu, Azhan berada di Nepal selama 16 hari dan dijangka pulang ke tanah air pada 16 September ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Han Byul | 16

Betul Ke Han-Byul Nak Berduet dengan Siti Nurhaliza?

Vicha | 17

Produk Bin Maleeq Trading & Syarikat Kurapak Jalin Kerjasama di Halfest JAKIM 2019