in ,

Produk Bin Maleeq Trading & Syarikat Kurapak Jalin Kerjasama di Halfest JAKIM 2019

Pada 6 Mac lalu, di hari Jumaat yang penuh barakah dan mulia, jarum jam menunjukkan tepat jam 11 pagi, Budiey telah menyaksikan Majlis Menandatangani MOU Import export and distribution Produk Bin Maleeq Trading di Brunei bersama Syarikat Kurapak & Son Co.

Acara ringkas tapi penuh bermakna ini disaksikan bersama Dato Haji Zainal Chairman Halfest JAKIM 2019 dan Tuan Redzuan pegawai dari KPDNHEP di Pentas Utama Halfest JAKIM di Mines Exhibition Centre.

Produk Bin Maleeq Trading
Turut terlibat pastinya pengasas produk dari Bin Maleeq Trading dan juga Alin Kurapak dan team.

Untuk pengetahuan pembaca, Halfest JAKIM 2019 berlangsung dari 4 hingga 8 September 2019 dan Bin Maleeq Trading turut membuka booth jualan di booth nombor 411.

Sudah tentu ini menjadi titik tolak untuk Bin Maleeq Trading untuk terus melebarkan sayap empayar ke negara lain pula selepas ini.

TONTON VIDEO SEKITAR MAJLIS INI BERLANGSUNG:

Khabarnya, jualan sangat menggalakkan dan mendapat sambutan hangat dari pengunjung. Lebih-lebih apabila produk Coffe LATTE Susu Kambing & Arabic Gum semakin digemari oleh orang ramai setelah produk ini tampil di Muzikal Lawak Superstar dengan menaja kumpulan JBORN.

Jika anda masih ingat, JBORN yang terdiri dari Khir Rahman, Joey dan Vicha telah mengenakan baju T yang mempunyai logo dari Bin Maleeq Trading. Syabas diucapkan kerana JBORN telah melangkah ke peringkat akhir dan telah berjaya menjadi juara Muzikal Lawak Superstar!

Majlis yang berlangsung di Halfest JAMIN mencipta satu sejarah buat produk Bin Maleeq Trading di mana dapat meluaskan lagi empayar ke Brunei. Budiey nak ucapkan tahniah buat Kurapak yang telah diberi kepercayaan untuk meluaskan pasaran produk kopi ini di sana.

Sejurus selepas majlis, Budiey sempat menemubual Ikhwan dan juga ayahnya yang menjadi tulang belakang kepada syarikat Bin Maleeq Trading.

Produk Bin Maleeq Trading

Untuk makluman semua Syarikat Bin Maleeq Trading ditubuhkan pada awal 2018 dimana ia merupakan anak syarikat Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd dimana saya merupakan ahli lembaga pengarah dan juga merangkap sebagai Pengarah urusan.Tujuan penubuhan syarikat Bin Maleeq Trading ini adalah untuk menyemarakkan lagi dan merancakkan bidang perniagaan bagi Munif Hijjaz Group dengan segmen dan konsep yang berbeza.Produk pertama yang kami dan ketengahkan adalah Minuman Kopi Pra Campuran jenama Maleeq Café LATTE dengan Susu Kambing Arabic Gum. Konsep yang Kami gunakan untuk memasarkan produk ini lebih menyeluruh dengan segmen pasaran merangkumi semua iaitu dari generasi anak2 muda hinggalah kepada warga veteren yang meminati kopi Pra Campuran.

Produk Kopi berkonsepkan LATTE memang di minati oleh ramai anak2 muda. In Shaa Allah selepas ini anak2 muda yang ingin menikmati kopi LATTE tidak perlu lagi untuk berhabis duitminum di Cafe-cafe dengan membayar LATTE dengan harga yang mahal sampai RM10.00 secawan.

Dengan Maleeq Café LATTE semua boleh berjimat dan membawa LATTE ke rumah anda. Dengan khasiat Susu Kambing dan Arabic Gum Manhattan produk ini bukan sahaja sedap tetapi dapat memberikan kebaikan dari seginkesihatany pada mereka yang meminumnyer.Atas keunikan produk ini lah yang membuatkan Saudara Alin Kurapak yang merupakan seorang Travel Blogger dan Instafamous di Brunei di Negara BRUNEI Darussalam berminat untuk bekerjasama dengan kami di Bin Maleeq Trading untuk menjadikan produk ini sebagai produk beliau untuk pasaran Negara Brunei Darussalam dengan Jenama baru iaitu Kurapak LATTE dibawah syarikat beliau Kurapan & Son.Pelancaran produk Kurapak LATTE ini telah berlansung di Brunei pada June 2018 yang lepas sempena dengan Brunei Consumer Fair 2019. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan luar jangka.

Justeru itu pihak Bin Maleeq Trading dan juga Syarikat Kurapak & Son tidak ragu2 lagi untuk menjalinkan kerjasama untuk menandatangani kontrak bagi tujuan Export, Import dan pengedaran ekslusif bersama di Brunei di bawah Jenama Kurapak LATTE.Kekuatan Jenama Kurapak itu sendiri yang popular di Brunei telah menyakinkan kami kerjasama ini perlu di lakukan di dimeterai pada hari ini.

Maleeq Cafe
Produk Bin Maleeq Trading
Maleeq Cafe
Produk Bin Maleeq Trading
Produk Bin Maleeq Trading
Produk Bin Maleeq Trading

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Azhan Rani Berjaya Takluki Everest Base Camp

Setelah Ditahan Mamat Exists Kini Bebas Dengan Jaminan Polis