in , , ,

Betul Ke Han-Byul Nak Berduet dengan Siti Nurhaliza?

Masih lagi berbicara tentang peserta yang selalu je jadi viral dan setiap minggu namanya berada di tangga pertama undian online.

Minggu lalu, Budiey ada dengar citer pasal Tokti seperti kasi hint seolah olah bersetuju nak berduet dengan Han-Bbyul. Wah, kalau jadilah HanByul dan Tokti nak berduet dalam satu lagu, agak-agaknya lagu apa ye yang sesuai untuk peminat. Lagu balada ke, lagu etnik kreatif ke, lagu joget ke, lagu pop rancak ke, haaa, apa kata Budiey tanya Han-Byul sendiri betul ke Tokti nak berduet dengan Han Byul lepas ni?

Betul Ke Han-Byul Nak Berduet dengan Siti Nurhaliza, Video Ini Ada Jawapan

Penyertaan bekas ahli kumpulan LED APPLE, Han Byul dalam program Big Stage musim kedua mendapat pertikaian ramai pihak kerana dia yang kini bergerak secara solo tidak sesuai memegang tagline BBNU iaitu Budak Baru Nak Up. Bagaimanapun, selepas 3 minggu membuat persembahan, ternyata ramai netizen sudah melupakan pertikaian tersebut dan menyokong Han Byul dalam program yang mengekalkan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai juri tetap.

Mengulas mengenai penglibatannya dalam Big Stage 2, Han Byul atau nama sebenarnya Jang Han Byul, 29, mengatakan minat mendalam dalam bidang nyanyian yang membuatkan dia berani untuk bertanding di luar Korea.

“Saya memang suka menyanyi sejak dari kecil lagi. Saya juga berasa teruja untuk mengadakan persembahan untuk peminat di Malaysia. Saya ingin terus menghiburakn hati orang-orang Malaysia,”

– Han Byul

Dalam pada itu, Han Byul mengakui perkara yang ditakuti dalam Big Stage adalam menyanyi dan mempelajari lagu bahasa Melayu.

“Saya paling takut kena nyanyi lagu Melayu, tapi ia adalah cabaran saya dalam program ini. Terus terang, selepas berjumpa Siti, ternyata dia seorang yang sangat cantik dan rendah diri. 

“Saya lihat ada cahaya di matanya. Melihat sinar dari matanya, saya tahu kenapa Siti begitu berjaya sebagai penyanyi dan apa jua bidang yang diceburinya. Andaikata saya berpeluang berduet dengan Siti, saya sudah pasti tidak akan menolak. 

“Saya tidak kisah nak duet lagu apa dengan Siti. Kalau lagu Melayu lagi bagus kerana ia sesuatu yang sangat istimewa dan dihormati,”

– Han Byul

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cha Eun Woo | 23

Sunny Suwanmethanont & Mai Davika Digandingkan Semula Dalam Drama MY AMBULANCE

Azhan Rani | 24

Azhan Rani Berjaya Takluki Everest Base Camp