in

Ayu Tersingkir & Senarai Lagu Minggu Ke-3 OIAM

MAMPUKAH TOP 11 MENEBUS KEKECEWAAN JURI MINGGU INI?

Pedas!… Pedih!… Kasar!….Dapatkah mereka menerima kenyataan?

Pelbagai kritikan dan reaksi negatif diterima oleh peserta-peserta Top 11 dari barisan juri tetap Paul dan Syafinaz serta juri undangan, Salamiah Hassan pada persembahan mereka minggu lalu.  Adakah kritikan-krtikan tersebut menambahkan semangat untuk mereka berjuang ataupun ia menjadikan mereka lebih negatif?  Jumaat ini, 6hb Mac jam 9.30malam secara langsung menerusi stesen hip 8TV,  bakal menentukan tahap kualiti persembahan mereka sekali lagi. 

Peluang anda sebagai peminat dan penonton One In A Million dapat menilai adakah  peserta kegemaran anda dapat beraksi untuk mempamerkan persembahan yang mantap dan berkualiti bersesuaian dengan tagline; `Find Your Own Voice’ .

Syafinaz. Cun tapi… pedas!

Paul Moss serius tapi… telus!

Minggu lalu anda dapat saksikan penyingkiran peserta pertama yang disingkirkan diawal persembahan kerana mendapat undian terendah iaitu Ayu.

“Ayu telah bersedia dari segi mental dan fizikal.  Ayu berjanji pada diri Ayu sendiri, kalau Ayu yang terkeluar, Ayu tidak mahu menangis.“ Tegas Ayu.

“Keluarnya Ayu dari pertandingan ini bukanlah penamat cita-cita Ayu.  Masih banyak lagi peluang di sana dan kita haruslah rajin menegjarnya.“ Tambah Ayu lagi.

Minggu ini kesemua Top 11 finalis kembali untuk berentap sesama sendiri bagi memancing undian penonton. 11 finalis yang bakal beraksi minggu ini ialah Amy (Amylea), Tomok, Pija, Nine, Simon, Esther, Weera (Aweera), Han (Rehana), Anith, Rizu (Ridzwan) dan Fify. Namun giliran siapakah yang akan diumumkan tersingkir sebelum sempat membuat persembahan?  Mungkinkah kali ini giliran peserta kesayangan anda? 

Namun yang jelas, Amylea terselamat minggu ini kerana hak mutlak imuniti telah diberikan oleh juri sebulat suara kepada beliau.  Amylea terselamat dan tidak boleh diundi keluar pada minggu ini. 

Jangan lupa untuk menyaksikan persembahan secara langsung Top 11 finalis ONE In A Million yang disiarkan melalui 8TV setiap Jumaat jam 9.30 malam dari Sri pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.  Minggu ini finalis-finalis bakal berentap hebat dengan menyandarkan pilihan lagu yang mungkin anda sendiri sebagai penonton tidak sabar untuk menilainya.  Pilihan-pilihan lagu minggu ini adalah :

  1. Weera – Gemilang (Jaclyn Victor)
  2. Rizu – Sandaran Hati (Letto)
  3. Nine – Hapus Aku (Nidji)
  4. Tomok – Crazy in Love (Beyonce)
  5. Amy – Bohemian Rhapsody (Queen)
  6. Fify – Hot & Cold (Katy Perry)
  7. Anith – Pilihlah Aku (Kris Dayanti)
  8. Esther – I Try (Macy Gray)
  9. Han – I don’t Wanna Miss a Thing (Regine Velasquez)
  10. Pija – So What (Pink)
  11. Simon – Juwita (Saleem)

Untuk mengundi peserta kegemaran anda taip:

(YA atau TIDAK) / (YES or NO) <space> <Contestant’s Name> dan hantar ke 33399.

Undian SMS akan dibuka pada akhir rancangan setelah kesemua peserta selesai membuat persembahan dan undian secara rasminya akan ditutup pada permulaan rancangan di minggu berikutnya yang akan disiarkan pada setiap Jumaat jam 9.30 malam.

Anda dijemput untuk menyaksikan persembahan peserta-peserta ONE In A Million ini secara LIVE di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap Jumaat. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan namun anda dinasihatkan untuk datang awal kerana pintu akan dibuka untuk orang ramai seawal jam 8.00 malam dan akan ditutup tepat jam 9.00 malam.

ONE In A Million 3 juga bakal mengadakan siri jelajah di beberapa buah lokasi. Pada Sabtu ini, 7hb. Mac bermula jam 3.00pm- 5.00pm, finalis-finalis Top 10 akan berada di Batu Pahat Mall, Johor Datanglah beramai-ramai untuk mendekati peserta-peserta kegemaran anda secara langsung.

Jika anda masih tidak puas menonton para peserta dalam persembahan mingguan, 8TV turut menyediakan segmen istimewa iaitu ‘Diari OIAM’ yang terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pertama “Teaser” selama 3 minit akan menyelitkan sedutan-sedutan menarik diikuti dengan OIAM Diaries yang akan berlangsung selama 15 minit. Diari ini akan memuatkan aksi-aksi para peserta membuat persediaan dan aktiviti-aktiviti harian yang mereka lalui sebelum mengadakan persembahan pada setiap minggu.

Untuk mengetahui berita-berita terkini, gossip dan drama, jangan lupa menonton OIAM Diaries “Teaser” dan OIAM Diaries setiap Isnin, Selasa dan Jumaat bermula 23 Februari 2009 jam 9.30 malam dan 11.30 malam hanya di 8TV! (jadual siaran dilampirkan)

Bermula 2hb. Mac 2009, iaitu setelah berlakunya proses penyingkiran, penonton akan berpeluang untuk berbual secara langsung bersama finalis yang tersingkir setiap minggu menerusi One In A Million Star Chat di www.guamuzik.com.my  pada jam 2.00pm hingga 3.00pm dan juga di stesen Flyfm (pada waktu puncak di sebelah petang).

Untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut, layari www.8tv.com.my atau www.facebook.com/group. Dapatkan berita-berita terkini di telefon bimbit anda dengan menaip ON 8TV hantar ke 22700 (Maxis) atau 36400 (Digi). Selain itu anda juga boleh melayari www.mobile.8tv.com.my melalui telefon selular anda.

8TV juga boleh diikuti menerusi saluran 708 di Astro !

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keputusan Pemenang Peraduan Jom Menonton Filem Eden Lake

Video Pembaca Budiey.com di Australia Bersama IZ OIAM