in , ,

Ayie Elham & Ara Johari Bergabung Dalam Telemovie Komedi CINTA HATI AYAM

Nama kedua-dua selebriti ini menyerlah dalam bidang nyanyian. Namun bagaimana agaknya bila mereka dipertemukan dalam telemovie komedi bertajuk “Cinta Hati Ayam” pada 13 Disember ini, pukul 9.00 malam mengisi slot Drama On 2 di TV2.

Cinta Hati Ayam? Mendengar tajuknya pasti dapat membayangkan babak-babak komedi menghiburkan lakonan Ayie Elham, bergandingan dengan Ara Johari dalam drama yang berlatarkan lokasi di gerai menjual ayam segar.

Turut menampilkan pelakon Catriona Ross, Zarul Husin dan Eric Fuzi, plot ceritanya menyorot kisah tentang sepasang remaja Sarah dan Mael yang bercinta di kolej yang kemudiannya terputus hubungan hanya disebabkan oleh perselisihan faham tanpa sebab yang kukuh. 

Ayie Elham & Ara Johari Bergabung Dalam Telemovie Komedi CINTA HATI AYAM

Setahun kemudian, kehidupan diteruskan dengan Sarah membantu ibunya menjalankan perniagaan menjual ayam segar di pasar. Pada suatu hari mereka dimaklumkan bahawa akan ada penyewa baru di hadapan kedai mereka. 

Disini bermulanya konflik, apabila peniaga baru itu adalah ialah bekas kekasih ibu Sarah yang juga bapa kepada Mael. Ibu Sarah dan bapa Mael mempunyai sejarah silam dan telah lama tidak bertegur sapa semenjak ibu Sarah meninggalkan bapa Mael sehari sebelum menikah. Ini telah mengeruhkan lagi keadaan mereka. 

Hubungan yang terputus di tengah jalan kembali bertaut di gerai menjual ayam. Jodoh atau kebetulan? Lebih menarik lagi, mereka terpaksa bersaing sengit apabila bapa Mael juga menjual ayam segar. 

Pelbagai konflik dan gelagat yang berlaku sepanjang mereka berniaga dan dalam tidak sedar, Sarah dan Mael sebenarnya merindui sesama sendiri dan kembali jatuh cinta. Daripada benci menjadi suka dan bergabunglah mereka untuk sama-sama mengembangkan perniagaan dengan membuka gerai ayam goreng C.H.A.

Bagi mereka yang terlepas siarannya untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Izzul Amin

Izzul Amin Berhubung Dengan Amir Jahari Gara-Gara BANGKIT

Gmie Screen Meninggal Dunia