in , ,

Izzul Amin Berhubung Dengan Amir Jahari Gara-Gara BANGKIT

Selain memegang jawatan sebagai seorang anggota polis constable (Polis Mata-Mata) di Jabatan Marine Brunei, Izzul Amin telah melayarkan sayap dalam bidang seni & hiburan ke Malaysia pula.

Izzul Amin atau nama sebenar PG. MD. IZZUL AMIN berasal dari Bandar Seri Begawan, Brunei juga merupakan seorang penyanyi yang banyak menyanyikan lagu rock, slow rock, pop rock dan balada. 

Izzul Amin mulai menceburi dalam nyanyian semenjak kecil. Izzul banyak mengikuti pertandingan nyanyian, majlis serta program yang majoritinya melalui Radio Televisyen Brunei.

Setelah berkarya di Brunei, Izzul mahu mengembangkan layarnya ke Malaysia dengan berhubung Artis terkenal yang dahulunya juga merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) iaitu Amir Jahari

Amir Jahari mempunyai syarikat publishingnya tersendiri ‘Sekalo Music Production’ dan bernaung di bawah Luncai Emas Sdn Bhd.

“Abang Amir menyatakan single ini bagus , dan dia menyarankan supaya lagu dilayarkan ke  Malaysia. Abang Amir juga telah mengesyorkan saya untuk menghantar single “Bangkit’ ini ke Syarikat Luncai Emas. Kemudian , saya telah menerima perkembangan yang positif dari pihak Luncai Emas dan mereka berminat dengan single ini’’ – kata Izzul Amin.

Izzul Amin

Izzul tampil dengan single ” Bangkit ” dimana rakaman lagu dihasilkan di EE studio, Brunei.  ‘’Bangkit’’ merupakan sebuah lagu ciptaan ezuone melalui kisah perjalanan dan perjuangan hidup Izzul sendiri, ianya mengisahkan tentang perjalanan seorang anak seni yang berkali-kali jatuh tetapi tetap gigih ingin mencapai impian dan kejayaan. Lagu ini juga memberi motivasi supaya jangan mengalah dalam apa yang kita perjuangkan, tetap berpegang padaNya kerana rezeki itu sudah diaturNya secantiknya.

Setelah rakaman lagu siap hampir setahun ianya telah dirasmikan di stesen radio di Brunei – Pelangi FM pada 5 Julai 2021. 

Genre lagu ini memang sedikit berlainan dari singlenya yang pertama. 

“Perkembangan terbaru Izzul setakat ini, Izzul telah mengikuti 3 pertandingan yang berlangsung di Brunei Darussalam, iaitu Anugerah Pelangi 8, Express E-hits 2 dan Best 914, dimana lagu bangkit telah tercalon untuk mengikuti pertandingan Express E-hits 2 dan ianya tercalon untuk top 10 lagu inspirasi pilihan di Anugerah Pelangi’,” – Izzul Amin

‘’Izzul berasa sangat teruja kerana dapat bernaung di bawah Luncai Emas, berasa sangat bersyukur dan amat berterima kasih kepada seluruh team Luncai Emas kerana peluang begini sungguh susah nak diperolehi, terima kasih kerana memberi kepercayaan terhadap Izzul dan semoga akan ada rezeki lagi untuk Izzul mengeluarkan lagu yang akan diterbitkan oleh Luncai Emas lagi Aamiinn…”

Kalau di Luncai Emas tidak lain tidak bukan, legenda Dato M.Nasir. Semua orang mengetahui dan meminati beliau serta karya-karya hebat yang beliau ciptakan, Izzul berharap suatu hari nanti dapat bekerjasama dengan beliau ‘’– Tambah Izzul lagi .

Izzul Amin

Izzul berhasrat untuk mengeluarkan lagu duet bersama Isteri ” Nurul Hazimah Hamdan “dan juga artis – artis lain di Brunei seperti Leehin Titanz dan Alilah . Kalau di Malaysia Izzul amat meminati penyanyi Akim Ahmad & kumpulan Iklim . 

Lagu ‘Bangkit’ merupakan single kedua nyanyian Izzul Amin yang mendapat tempat untuk dilayarkan ke pasaran Malaysia selain di Brunei. Luncai Emas telah mengambil peluang bertindak sebagai pengedar single ini melalui pasaran digital seperti laman strim , Youtube & Itunes . Sebuah video lirik akan dihasilkan dan dimuatkan ke laman youtube Luncai Emas nanti manakala audio rasmi akan mula tersediia di semua laman strim seperti Spotify, Apple Music, Joox mulai 12 November 2021. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Mini Asia Traditional Orchestra di Istana Budaya Satukan Budaya Malaysia & Korea

Ayie Elham & Ara Johari Bergabung Dalam Telemovie Komedi CINTA HATI AYAM