in ,

Peraduan LEPAK & MAKAN Bersama Awi Rafael di Restoran Tony Roma’s

Sempena bulan hari jadi Budiey pada Ogos depan, Budiey dengan kerjasama Tony Roma’s akan menganjurkan peraduan LEPAK & MAKAN bersama selebriti yang bakal diadakan di Restoran Tony Roma’s, cawangan Melawati Mall.

Dalam sebulan tu, Budiey akan menganjurkan dua sessi makan dan lepak secara santai bersama selebriti. Inilah masanya untuk korang mengenali dan bergambar dengan lebih dekat dengan artis pujaan anda!

Untuk setiap sessi tu, seramai 5 orang Budieyators akan dipilih untuk makan-makan sampai kenyang bersama seorang selebriti. Setiap pemenang dapat bawa seorang teman. Amacam?

Dan, selebriti pertama yang Budiey pilih ialah Awi Rafael di mana korang boleh hangout bersama penyanyi ini pada 8 Ogos di Restoran Tony Roma’s Melawati Mall. Jadi, kepada korang yang menjadi peminat Awi Rafael, jangan lupa sertai peraduan ini ya. Untuk pengetahuan, Awi Rafael baru sahaja melancarkan single terbaru berjudul INI SEMUA DUNIA. Korang boleh tengok di saluran Youtube.

Satu lagi sesi bulan depan akan diadakan bersama selebriti lain pula. Selebriti mana korang nak sangat makan dan ngedate? Citer sikit kat ruangan komen. Follow Instagram @budiey @budieyators 

Awi Rafael

Peraduan LEPAK & MAKAN Bersama Awi Rafael di Restoran Tony Roma’s

[dropcap]A[/dropcap]nda minat dengan Awi Rafael? Tak pernah jumpa dan makan-makan bersama beliau? Haa, ini adalah peluangnya. Korang ingin hadir di acara santai ini sambil menikmati hidangan lazat yang disediakan oleh Tony Roma’s? Jom sertai peraduan ini. Tak susah pun sebenarnya.

Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan merakam video anda menyanyikan sebuah lagu nyanyian dari Awi Rafael dan upload video tersebut ke Instagram anda.

Jangan lupa tag @budiey @awirafael pada video tersebut. Video yang kreatif dengan nyanyian yang mantap akan mendapat peluang untuk menang pass ke acara ini dan anda akan dapat menang 2 pass, haaa bolehlah bawa kawan seorang untuk menemani anda.

Kemudian, cipta slogan dan hantar juga emel penyertaan. Setel!

Ingat hashtag ini: #LepakMakanAwiRafaelTonyRomas #budiey #budieyators

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai peraduan ini dan komenlah apa pendapat anda tentang konsert ini di ruangan komen berdasarkan artikel ini. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom

2. Rakam Video Nyanyian Anda Berdurasi 60 saat dan muatnaik ke Instagram

Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan merakam video anda menyanyikan lagu nyanyian dari Awi Rafael dan upload video tersebut ke Instagram anda. Jangan lupa tag @budiey @awirafael serta hashtag: #LepakMakanAwiRafaelTonyRomas #budiey #budieyators pada video tersebut. Oh jangan lupa caption tu, korang kena cipta slogan. Video yang kreatif akan mendapat peluang untuk menang 2 pass!

2. Cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah.

Slogan: Saya mahu makan dan lepak bersama Awi Rafael di Tony Roma’s kerana.… (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter & Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan LEPAK & MAKAN Bersama Awi Rafael di Restoran Tony Roma’s

Tarikh tutup peraduan:

6 Ogos 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email atau panggilan telefon.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Tony Roma’s dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan restoran dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Awi Rafael

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Telenovela 2018

Lagu HAJAT Hael Husaini Trending No. 1 di Youtube Malaysia