in , ,

Lagu HAJAT Hael Husaini Trending No. 1 di Youtube Malaysia

Setelah Kejayaan Berterusan Dengan Haram, Penyanyi Serta Penulis Lirik Berformulasi Luar Biasa Kembali Dengan Single Terbaharu 

Penyanyi serta penulis lirik lelaki berformulasi luar biasa sedang meningkat naik dan menempa nama di persada muzik tanahair yang berasal dari Negeri Sembilan, Hal Husaini Ramzi, atau lebih mesra dengan panggilan Hael Husaini bakal menggegarkan industri muzik tanahair sekali lagi dengan buah tangan terbaharu daripada beliau.

Kali ini, Hael mempertaruhkan single yang diberi judul ‘Hajat’ hasil ciptaan beliau sendiri serta kolaborasi penuh serasi bersama komposer Ezra Kong.

HAJAT HAEL HUSAINI

Satu persatu hajat telah dikecapi oleh beliau dan lagu duet ‘Haram’ bersama penyanyi bersuara lunak Malaysia, Dayang Nurfaizah, merupakan antara hajat yang beliau pendamkan dan telah pun terlaksana serta membuahkan hasil diluar jangkaan,

“Syukur Alhamdulillah kerana satu-satu hajat saya telah tercapai setelah ‘Jampi’, kemudian ‘Haram’ dan kini tiba giliran ‘Hajat’ pula saya pertaruhkan untuk tatapan halwa telinga buat peminat saya dan penggemar muzik Malaysia. Sebenarnya, ketiga-tiga lagu ini ada kesinambungannya dan saya ciptakan kesemuanya bersama Ezra.

‘Hajat’ saya terjemahkan dalam sisi yang berlainan kerana sebelum ini peminat-peminat sudah terbiasa dengan genre yang saya bawakan dan kali ini saya lebih mengganas, bermaksud saya mahukan sesuatu yang baharu dan tidak pernah saya buat sebelum ini.

Maksud ‘Hajat’ sangat mendalam bagi saya kerana ia merupakan pengakhiran kepada single-single terdahulu di mana saya ‘mencincinkan’ seseorang dan permulaan sesuatu yang baharu. Ia sangat simbolik bagi saya kerana semua orang mahu mengecap kebahagiaan suatu hari nanti.

Proses rakaman single ini memakan masa selama 2 jam sahaja dan amat mudah bagi saya untuk bekerjasama dengan Ezra kerana kami mempunyai pandangan yang sama dan masing-masing faham apa yang diperlukan untuk mencantikkan sesuatu ciptaan.”

Selain sibuk mencipta lagu sendiri, Hael juga turut menjadi buruan artis-artis tempatan yang mahukan lagu-lagu  gubahan beliau,

“Syukur tidak terhingga kerana ramai artis Malaysia yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk menciptakan lagu untuk mereka dengan Ezra. Rata-rata lagu ciptaan kami mendapat sambutan penggemar muzik Malaysia lantas menjadi viral setelah dilancarkan.

Bukan mudah untuk menciptakan sesuatu lagu kerana saya perlu memahami karakter seseorang agar kedengaran serasi dan ‘masuk’ dengan penyanyi tersebut.

Selain itu, formula saya mudah sahaja dalam penciptaan sesebuah lagu iaitu keikhlasan, kita perlu ikhlas dalam membuat sesuatu perkara dan ‘end product’ akan kedengaran lebih telus dan masuk ke jiwa setiap pendengar.

Sebagaimana lagu-lagu saya sebelum ini, saya memberikan 100 peratus dalam setiap pembikinan dan berjaya atau tidak saya letakkan sebulat-bulatnya kepada peminat-peminat di luar sana.”

Menurut Raqeem Brian, Ketua Label MuzikRocketfuel Records,

“Kejayaan demi kejayaan yang telah ditempa oleh Hael kerana beliau faham apa yang dikehendaki oleh pendengar masa kini.

Selain itu, formula yang dimiliki beliau dalam penghasilan sesuatu lagu dengan Ezra Kong ternyata membuahkan hasil bukan sahaja untuk diri beliau bahkan untuk artis-artis lain juga.

Saya percaya dengan kekuatan ‘Hajat’ dan yakin ia mampu pergi jauh.”

HAJAT HAEL HUSAINI

Lagu ‘Hajat’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Hajat’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Tajuk  : Hajat

Artis    : Hael Husaini

Lagu    : Hael Husaini & Ezra Kong

Lirik    : Hael Husaini & Ezra Kong

Verse 1

Jika kau mahu sesuatu katakan padaku

Jika kau mahu diriku ku sedia untukmu

Dan jika kau mahu kan jiwaku hambakan cintamu

Pasti hajat kamu kamu kamu akan ku tunaikan

Pre chorus

Jangan curiga

Harus percaya

Ikhlas hati ku berkata

Chorus

Terseksa, untuk mencintanya

Mencinta, untuk diseksanya

Terpaksa atau rela, janji kau bersama

Bila tiba waktu kamu harus bercincinkan aku

Verse 2

Jika kau mahu ku rindu ku bayangkan wajahmu

Jika masih ragu-ragu ku lagukan padamu

Dan jika kau mahukan jiwaku hambakan cintamu

Pasti hajat kamu kamu kamu akan ku tunaikan

HAJAT HAEL HUSAINI
HAJAT HAEL HUSAINI
HAJAT HAEL HUSAINI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan LEPAK & MAKAN Bersama Awi Rafael di Restoran Tony Roma’s

Anuar Zain Cinta Takkan Berakhir Live In Singapore 2018