in ,

Awesome TV Lantik Johan Ishak Sebagai Pengarah Urusan

Awesome Media Network Sdn Bhd (Awesome TV) mengumumkan pelantikan En. Johan Ishak sebagai Pengarah Urusan syarikat. Pelantikan ini adalah perancangan Awesome TV dalam memastikan operasi berjalan lancar apabila siaran bermula kelak.

Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Adam Ilyas berkata, “Johan akan membawa pengalaman yang luas di dalam pengurusan media dan transformasi perniagaan. Beliau akan bertanggungjawab ke atas pengurusan Awesome TV secara keseluruhan dan menyediakan kandungan berkualiti yang menghiburkan, selaras dengan strategi jangka panjang dan matlamat Awesome TV.”

Johan Ishak

Johan, yang merupakan Fellow Chartered Accountants Australia, New Zealand (“CAANZ”) dan ahli Malaysian Institute of Accounts (“MIA”), sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima (“MPTN”) yang mengendalikan siaran TV3, ntv7, 8TV, TV9, tonton dan CJ Wow Shop. Sebelumnya, beliau merupakan CEO di MyCreative Ventures Sdn Bhd yang bertanggungjawab memacu pembangunan usahawan industri kreatif tempatan. Selain itu, Johan juga pernah meneraju sebagai Pengerusi untuk Creative Content Association Malaysia (“CCAM”) dan Persatuan Penyiar Televisyen Free-To-AirmyFreeview.

Beliau telah mula bertugas secara rasmi berkuatkuasa 4 Mei 2020. Kami mengalu- alukan kehadiran En. Johan sebagai ahli keluarga Awesome TV.

Johan Ishak

Awesome TV (“ATV”) merupakan saluran televisyen hiburan di Malaysia dengan kandungan yang pelbagai dan menghiburkan. ATV menawarkan variasi program yang akan menceriakan dan menyinarkan hari-hari anda.

Pelancaran rasmi ATV dijadualkan pada tahun ini dan akan disiarkan melalui platform siaran percuma MYTV. Penonton akan berpeluang merasai dunia yang penuh dengan kandungan berkualiti yang menghiburkan, dari drama bersiri, rancangan bual bicara hinggalah sitcom dan kandungan untuk kanak-kanak serta lain-lain lagi. Kepelbagaian yang menawarkan sesuatu untuk semua.

Untuk info dan maklumat terkini tentang Awesome TV, boleh ikuti kami di: ● Facebook : www.facebook.com/awesometv.my

● Instagram : www.instagram.com/awesometv.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Derma Dengan Ikhlas & Pasaraya ST Rosyam Mart Hulur Bantuan Untuk PROFIMA

Utamakan Keselamatan, CEO Twitter Tawarkan Bekerja Di Rumah Seumur Hidup