in , ,

Awesome TV Failkan Tuntutan Caj RM162Juta Terhadap Datuk Ayu Puteh

Ini Kenyataan Balas Berhubung Isu Saman Drama “Di Sebalik Dia”

12 Mac 2023, Kuala Lumpur– Awesome TV merujuk kepada kenyataan Datuk Ayu Puteh pada 10 Mac bahawa pihaknya telah memfailkan saman terhadap stesen Awesome TV baru-baru ini selepas menerima surat tuntutan caj kelewatan penerimaan bahan siaran.

Awesome TV telah memberikan notis pembatalan kontrak kepada Pencil Pictures Sdn. Bhd. pada bulan Januari lalu. Manakala tuntutan caj perlanggaran terma kontrak telah dihantar pada bulan Mac dan bukan seperti yang dilaporkan.”

Ini susulan kegagalan pihak Datuk Ayu untuk memenuhi syarat kontrak penerbitan sebuah drama bersiri bertajuk “Di Sebalik Dia” berjumlah 28 episod bersama Awesome TV. 

Untuk rekod, syarikat Datuk Ayu iaitu Pencil Pictures Sdn Bhd telah hanya menyiapkan 26 daripada 28 episod yang dijanjikan seperti termaktub di dalam kontrak bersama. Dua lagi episod gagal disempurnakan pihak Datuk Ayu, dan kesemua 26 episod yang disiapkan dihantar lewat kepada pihak Awesome TV dan tidak mengikut tarikh yang dipersetujui. 

Ketidakpatuhan kepada syarat-syarat kontrak ini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada Awesome TV yang terpaksa membuat penjadualan semula program secara drastik. Kelewatan pihak Datuk Ayu juga telah mengakibatkan pelbagai komplikasi dengan pihak pengiklan Awesome TV. 

Pihak Awesome TV tidak mempunyai pilihan selain daripada mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat Pencil Pictures Sdn Bhd pada Januari mengikut terma kontrak yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Pihak Awesome TV kini menyerahkan perkara ini sepenuhnya kepada proses perundangan untuk tindakan selanjutnya. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ALIF SATAR

Al-Ikhsan Lancar Koleksi Baju Melayu Buat Julung Kali, Alif Satar Sebagai Duta

Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 Kembali Mencipta Sejarah Baru