in , ,

Awan Dania Musim Kedua Malam Ini

KISAH DI LANGIT BIRU KEMBALI LAGI!
Awan Dania musim kedua temui peminat September Ini!

Budiey rasa nak tengok Scha Al Yahya dalam drama terbaru musim ke-2, Awan Dania la malam ni…

Cantik… kacak… bergaya dan glamor adalah perkara pertama yang pasti terlintas di fikiran masing-masing apabila kerjaya sebagai pramugari mahupun pramugara disebut-sebut. Dari seorang gadis lasak dan cekal, Dania berjaya menonjolkan sifat kesopanan dan lemah lembut seorang wanita menerusi kerjayanya sebagai seorang pramugari.

Pelakon-pelakon Awan Dania 2_ dari kiri – Delaila Adnan, Scha Al-Yahya dan Jehan Miskin

Di bawah payung penjenamaan Astro Megadrama, destinasi utama bagi drama-drama Melayu hebat yang cukup sinonim dalam membariskan variasi program dan drama mantap menerusi salurannya yang pelbagai, Astro dengan bangganya meneruskan penceritaan Dania menerusi drama bersiri yang akan kembali menemui para penonton pada setiap hari Isnin, 28 September 2009, jam 9.00 malam menerusi Astro RIA (saluran 104).

Drama bersiri komedi ringan 26 episod mengenai pekerja-pekerja di langit biru ini kembali buat musim kedua ini terus diolah dengan pengisian dan konsep penceritaan yang lebih mantap, padat dan segar serta disusuli dengan kualiti produksi yang bermutu tinggi yang turut mengekalkan Azizi Chunk Adnan selaku pengarah. Beliau juga dikenali ramai menerusi filem arahan beliau iaitu Antoo Fighter.

Jehan Miskin

Scha Al Yahya

Delaila Adnan

Awan Dania musim kedua turut mengekalkan pelakon-pelaon asal seperti  Scha Al-Yahya, Irma Hasmie dan Mustafa Kamal selain membawa masuk pelakon-pelakon baru dan lama seperti  Fizow Omar, Jehan Miskin,  Aida Aris, Yasmin Khanif, Wany Mustafa, Eyta Mahmud dan Enny Ridwan.

Awan Dania 2 berkisar kepada kehidupan seorang gadis yang bernama Dania yang didokong oleh pelakon berbakat Scha Al Yahya yang berjaya mencapai impiannya untuk menjadi pramugari di sebuah syarikat penerbangan sebelum ini.

Bagaimanapun, disebabkan menghormati persahabatan dengan rakannya, Dania mengambil keputusan untuk berhenti dari syarikat penerbangan lama dan menganggur untuk seketika.

Walaupun begitu, impian Dania untuk terbang di awan tidak pernah luntur dan akhirnya peluang tersebut datang apabila sebuah lagi syarikat penerbangan menawarkan peluang pekerjaan sebagai pramugari.

Dania pergi ke sesi temuduga dan bertemu dengan salah seorang dari pengurus kanan di situ, Safura. Dania telah mengembalikan kenangan pertama sewaktu dia bekerja dengan usia yang lebih mentah dan diterima bekerja di situ.

Episod baru dalam hidup Dania bermula sejurus memulakan tugasannya di tempat yang baru yang dikelilingi dengan rakan-rakan baru serta cabaran yang perlu ditempuhi termasuklah Benjy (lakonan Jehan Miskin) yang menagih cinta Dania.

Ketahui suka-duka perjalanan hidup Dania dan rakan-rakannya yang penuh warna-warni menerusi drama hebat Awan Dania 2 yang akan bersiaran pada setiap hari Isnin, bermula pada malam ini 28 September ini, jam 9.00 malam, hanya di Astro Ria (saluran 104).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anak Norlia Ghani Adik Rusdi Ramli Meninggal Dunia

Mahu Makan Malam Romantis di Restoran Intai-Intai?