in , ,

Suri Rumah Luar Biasa Dalam OMBAK CINTA

Sentiasa mengambil peluang untuk meningkatkan diri sendiri. Bertitik tolak daripada kata inspirasi ini, watak dua wanita bergelar suri rumah yang dijelmakan dalam drama bersiri dengan tajuk “Ombak Cinta” sedang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), setiap Sabtu, pukul 3.30 petang di TV2 menjanjikan sesuatu untuk golongan wanita di luar sana.

Berkongsi ragam kehidupan pasangan baru berumah tangga juga kekalutan seorang isteri cuba untuk memperbaiki diri mahir memasak, paparan 13 episod drama ini mengenai dua pasangan suami isteri yang baru melangsungkan perkahwinan dan mereka menyewa rumah di kawasan perumahan yang sama. Secara kebetulan kedua-dua pasangan, Hakimi dan Nadia juga Rasyid dan Alia tinggal berjiran. 

POSTER OMBAK CINTA

Hakimi dan Rasyid bekerja di syarikat yang sama sementara kedua-dua isteri mereka pula adalah suri rumah sepenuh masa. Isteri-isteri mereka tidak pandai memasak sedangkan suami mereka pula gemar jenis masakan dan lauk pauk yang berbeza setiap hari. 

Untuk mengatasi masalah ini kedua-dua isteri membelinya di restoran berhampiran tanpa pengetahuan suami dan mendakwa makanan tersebut adalah masakan mereka. Mereka mendapat pujian kerana keenakannya. 

Bangga dengan masakan isteri si suami telah mempelawa rakan sepejabat mencuba masakan isterinya di rumah. Malahan menjemput pihak TV membuat program masakan secara langsung. Menyedari hal ini si isteri memberi berbagai-bagai alasan dan membuat pelbagai helah untuk menutup kelemahan diri masing-masing. 

Penat dengan helah yang tidak berkesudahan dan rahsia mereka diketahui suami masing-masing, akhirnya mereka belajar memasak. Namun berlaku pula konflik apabila Nadia dan Alia bergaduh dengan cef terkenal yang menjadi guru masakan mereka yang dianggap cerewet.

Kak Siti telah keluar dari rumah sewanya kerana tidak mampu membayar sewa yang tinggi. Berita tersebut menggembirakan penduduk taman kerana mereka tidak suka dengan perangainya yang suka membawa mulut. Sementara Abang Sazali pula menuju ke Perlis menguruskan perniagaannya. Semasa pulang ke rumah, Hakimi hampir melanggar seorang wanita muda yang melintas jalan secara tiba-tiba. Wanita tersebut baru berpindah ke taman tersebut.  

watak Rasyid dan Hakimi dalam drama ini

Abang Sazali memberitahu isterinya yang rumah dikosongkan Kak Siti telah ada penyewa baru bernama Mina. Semasa Hakimi dan Rasyid pulang dari masjid Abang Sazali menceritakan sedikit sebanyak mengenai latar belakang Cik Mina, termasuk dia seorang yang pandai menguruskan rumah tangga dan pandai memasak. Hakimi dan Rasyid disampuk angau. 

Selepas dipujuk, Mina akhirnya bersetuju mengajar Nadia dan Alia. Kehadiran Mina menarik minat Hakimi dan Rasyid. Masing-masing berangan menjadikan Mina sebagai isteri kedua mereka. Abang Sazali pula menyimpan perasaan resah. Pilihan Mina sebagai suami mengejutkan semua orang. Drama ini menampilkan gandingan pelakon utama Risteena Munim, Ruhanies, Daler Yusuf, dan Nazrief Nazri.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Atta Halilintar Disaman Kerana Langgar Hak Cipta Lagu LAGI SYANTIK

Penjenamaan Semula Go Shop Perkenal Saluran RUUMA & GAAYA Ini Baru Shopping