in , ,

Drama THE WORLD OF THE MARRIED Lompat Ke No 1 Carta Top 10 Netflix Malaysia

Baru 3 Hari Ditayangkan, ‘The World Of The Married’ Lompat Ke No 1 Ranking Top 10 Netflix Malaysia

Meskipun sudah berbulan menamatkan tayangan tetapi nampaknya api populariti “The World Of The Married” masih lagi marak. Ternyata ramai yang sebenarnya suka dengan elemen pengkhianatan dalam perkahwinan yang ditonjolkan dalam premis ini.

Kalau anda nak tahu, kisah ini menampilkan Ji Sun-woo (Kim Hee-ae) yang merupakan seorang doktor perubatan keluarga. 

Mempunyai seorang suami, Lee Tae-oh (Park Hae-joon) dan seorang anak lelaki, kehidupan wanita ini adalah sangat sempurna. Tetapi panas tidak sampai ke petang apabila wanita hebat ini telah dikhianati oleh suaminya sendiri serta orang terdekat.

Mungkin sebelum ini agak susah bagi penonton untuk menonton kesemua 16 episod drama hebat ini secara ‘halal’ tetapi kini tidak lagi! Ini kerana laman penstriman popular iaitu Netflix telah pun memasukkan kesemua 16 episod drama tersebut di lamannya bermula Jumaat lepas (28 Ogos).

Baru sahaja 3 hari ditayangkan, “The World Of The Married” berjaya membuktikan kepopularitiannya apabila berjaya memanjat ke tangga teratas ranking 10 naskhah popular di Netflix. Hebat kan?

Malahan K-Drama lain turut mendominasi ranking tersebut apabila drama lakonan Song Ji-hyo, “Was It Love?” duduk selesa di tangga kedua manakala drama “It’s Okay To Not Be Okay” masih lagi mampu berada di tangga ke-3 meskipun sudah hampir 3 minggu menamatkan tayangan.

Dahsyat betul penangan “The World Of The Married”! Betul apabila ada yang cakap drama matang ini merupakan antara naskhah terunggul untuk tahun 2020 ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Atiq Azman Terlibat Kemalangan Motorsikal, Berpunca dari Pasir Halus

Bunkface Bergabung dengan Faizal Tahir Lancar Single YANG BENAR, AKU